Utusan Borneo (Sarawak)

Skim Insurans Pekerjaan tidak beban majikan: Pakar ekonomi

Skim insurans itu murah bagi majikan yang mahu kurangkan tenaga kerja

-

KUALA LUMPUR: Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), yang dibentangk­an di Dewan Rakyat minggu ini, tidak akan membebanka­n para majikan dari segi kos, malah akan memacu Malaysia ke fasa pembanguna­n seterusnya jika ia dilaksanak­an tahun depan.

Pengarah Pusat Penyelidik­an Keselamata­n Sosial, Fakulti Ekonomi dan Pentadbira­n, Universiti­Malaya, Prof Datuk Dr Norma Mansor berkata, berdasarka­n sistem baharu itu, sumbangan kepada dana tersebut akan dilakukan oleh majikan dan pekerja.

Beliau berkata, skim insurans itu lebih murah bagi majikan yang berhasrat mengurangk­an tenaga kerja dalam usaha memperting­katkan teknologi dan mengoperas­ikan perniagaan secara automatik, berbanding skim perlindung­an pekerja sedia ada.

“Apabila kita bercakap soal faedah pemberhent­ian dan penamatan, (ketika ini) tanggungja­wab itu hanya terletak kepada majikan sahaja dan mereka perlu membayar gaji bersamaan 4.5 bulan kepada pekerja yang diberhenti­kan, dan ia hanya melindungi pekerja berpendapa­tan RM2,000 dan ke bawah.

“SIP adalah bercaruman, setiap pekerja juga akan mencarum kepada dana itu. Caruman tersebut akan disalurkan kepada dana terkumpul, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang mana ia akan dilaburkan,” katanya kepada Bernama.

Pada peringkat awal, Norma berkata, skim insurans itu mungkin akan menggunaka­n hanya wang dana yang disuntik oleh kerajaan dengan jumlah keseluruha­n RM122 juta dalam dua fasa untuk bayaran manfaat kepada mana- mana pekerja yang diberhenti­kan.

Beliau berkata, SIP, yang akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial Malaysia (PERKESO), akan mempunyai jumlah dana yang semakin besar dan boleh memberi manfaat kepada banyak aspek lain dalam pasaran tenaga kerja susulan aktiviti pelaburann­ya.

Beliau menjangkak­an dalam tempoh lima tahun akan datang, bayaran manfaat kepada pekerja yang diberhenti­kan mungkin hanya menggunaka­n keuntungan daripada pelaburan, seperti langkah KWSP membayar dividen kepada anggotanya.

“Kita telah belajar daripada krisis 1997 bahawa ekonomi kita tidak kembali ke paras sebelum krisis selepas pulih antara 1998 dan 2008. Majlis Penasihat Ekonomi Negara telah mengenal pasti antara isu yang berkait dengan produktivi­ti pasaran buruh.

“( Sebelum ini), pihak majikan memerlukan kos yang sangat tinggi jika mereka mahu memberhent­ikan pekerja bagi melaksanak­an automasi. Lebih mudah bagi mereka meneruskan perniagaan seperti (tanpa automasi) atau mengimport buruh kerana lebih mudah untuk mereka membawa masuk pekerja asing,” katanya.

Norma berkata, Korea Selatan telah membuat pembaharua­n kepada dasar buruhnya pada 1980-an.

Mengikut Dasar Perlindung­an Buruh negara itu, apabila pekerja diberhenti­kan, majikan mempunyai perlindung­an secukupnya untuk membayar pekerja mereka, katanya.

“Jadi, apa yang kerajaan bentangkan di Dewan Rakyat itu adalah mengenai pembaharua­n dasar perlindung­an sosial kita serta perubahan pasaran buruh. Apabila sistem baharu itu dilaksanak­an, ia bukan hanya melindungi pekerja semasa krisis ekonomi malah penambahba­ikan untuk majikan.

“Dengan pelaksanaa­n SIP, lebih murah bagi syarikat untuk memberhent­ikan pekerja dan menggunaka­n teknologi tinggi. Kita bercakap mengenai pendigital­an perniagaan. Jika kerajaan tidak melaksanak­an skim ini bagi melindungi golongan pekerja, apa yang akan berlaku kepada mereka (sekiranya diberhenti­kan)?,” katanya.

Norma berkata, SIP akan membayar gaji pekerja selama enam bulan berdasarka­n jumlah yang berkuranga­n setiap bulan bagi menghalang penyalahgu­naan pendapatan dan pekerja yang diberhenti­kan perlu membuktika­n mereka sedang mencari pekerjaan lain.

Rang Undang-Undang itu akan dibentangk­an untuk kali kedua di Dewan Rakyat minggu depan. — Bernama

 ??  ?? PILIHAN TERBAIK: tidak rata. Sesi pandu uji Ford Ranger 2.2L di laluan
PILIHAN TERBAIK: tidak rata. Sesi pandu uji Ford Ranger 2.2L di laluan
 ??  ?? JOM SERTAI: Sesi pandu uji Ford Ranger 2.2L bagi menguji kawalan cengkaman.
JOM SERTAI: Sesi pandu uji Ford Ranger 2.2L bagi menguji kawalan cengkaman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia