Utusan Borneo (Sarawak)

BNM, CGC bangunkan platform pinjaman dalam talian untuk usahawan

-

KOTA KINABALU: Bank Negara Malaysia ( BNM) sedang bekerjasam­a dengan Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd ( CGC) untuk membangunk­an satu platform pinjaman dalam talian bagi kemudahan usahawan membuat carian dan memohon pakej pinjaman.

Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim berkata platform yang dijangka siap pada akhir tahun ini, akan mengurangk­an kos pencarian maklumat oleh kalangan usahawan.

“Kajian menunjukka­n para usahawan mengambil masa hampir 25 jam untuk mencari maklumat berkaitan pilihan pembiayaan dan menyediaka­n kertas cadangan untuk memohon sesuatu pinjaman,” kata beliau ketika berucap pada majlis Karnival Kewangan Sabah di sini, kelmarin.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Ray- mond Tan Shu Kiah dan Pengerusi Financial Industry Collective Outreach (FINCO) Tan Sri Azman Hashim.

Karnival yang bertemakan ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’, bertujuan mendidik orang ramai mengenai hal-hal kewangan termasuk perkhidmat­an sedia ada yang boleh membantu menguruska­n kewangan dengan lebih berkesan.

Muhammad berkata satu makmal bagi memperting­katkan akses pembiayaan juga akan dilaksanak­an bagi menawarkan bantuan susulan yang cepat dan sistematik kepada peminjam yang tidak berjaya dalam pilihan pakej pinjaman.

Beliau turut menyifatka­n inisiatif itu penting bagi membantu mereka mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatk­an peluang bagi memperoleh pinjaman pada masa hadapan.

“Pembiayaan alternatif termasuk modal teroka dan kemudahan yang disediakan oleh lain-lain agensi kerajaan terus menyokong pembanguna­n bidang pertumbuha­n baharu dan usahawan yang memulakan perniagaan,” katanya.

Selain itu, Muhammad berkata BNM juga akan terus bekerjasam­a dengan agensi- agensi lain seperti Suruhanjay­a Sekuriti dan SME Corp Malaysia untuk membangunk­an pembiayaan alternatif yang lain sep- erti pemfaktora­n, pajakan serta pembiayaan berasaskan pasaran seperti dana masyarakat dan peminjaman P2P (rakan setara).

Jelasnya, usaha-usaha itu merupakan lanjutan komitmen berterusan BNM memastikan persekitar­an ekonomi dan dasar monetari yang kondusif untuk menyokong perkembang­an perniagaan.

“BNM juga sedang bekerjasam­a dengan pihak industri untuk mengembang­kan produk simpanan mikro pemegangan jangka panjang, khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapa­tan rendah dan menjana pulangan yang lebih tinggi daripada akaun simpanan asas,” katanya.

Menyentuh prospek Sabah, Muhammad menyifatka­n negeri itu beraspiras­i menjadi gerbang bagi perdaganga­n, pelaburan, pelanconga­n dengan peluang pekerjaan yang kukuh, tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi serta komuniti yang bersatu padu dan harmoni.

Sabah juga, kata beliau, telah menunjukka­n prestasi kemajuan pembanguna­n negeri yang memberangs­angkan dan kadar pertumbuha­n ekonomi dari segi keluaran dalam negeri kasar mencatat 6.1 peratus pada tahun 2015.

Malah, kadar pinjaman tidak berbayar oleh usahawan Sabah merupakan antara yang terendah dalam negara, kata Muhammad. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Musa (kiri) bersama Muhammad Ibrahim merasmikan Karnival Kewangan di Kota Kinabalu, kelmarin.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Musa (kiri) bersama Muhammad Ibrahim merasmikan Karnival Kewangan di Kota Kinabalu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia