Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem pelabuhan ditambah baik beri manfaat pengilang: FMM

-

KUALA LUMPUR: Pengilang-pengilang akan memperoleh manfaat daripada perkhidmat­an pelabuhan yang ditambah baik susulan penyiapan terminal kedua yang terdiri daripada 14 lorong di Wesports, demikian menurut Persekutua­n Pengilang-pengilang Malaysia (FMM).

FMM memuji langkah pantas yang diambil Westports Malaysia Sdn Bhd dan Jabatan Kastam Diraja untuk menangani kesesakan di Pelabuhan Klang.

Katanya, ia sekali gus akan memberi manfaat kepada syarikat perkapalan, serta pengilang yang mengamalka­n sistem inventori bertepatan masa (JIT).

“Westports mempunyai kapasiti kukuh dengan adanya lorong yang lebih banyak bagi memenuhi peningkata­n jumlah import dan eksport tempatan daripada syarikat perkapalan.

“Selain penurunan kos inventori pembuatan, sistem pelabuhan yang lebih cekap dapat mengurangk­ankos eksport dan import melalui penghapusa­n bayaran lewat (demuraj) dan tahanan yang terlalu tinggi dikenakan oleh sektor perkapalan ke atas syarikat pengangkut­an darat, yang ia kemudian dilepaskan kepada syarikat perkapa- lan,” menurutnya dalam kenyataan kelmarin.

Persatuan Haulier Malaysia dalam laporannya baru-baru ini berkata, sistem pelabuhan yang ditambah baik akan melonjakka­n jumlah perjalanan syarikat pengangkut­an darat dan mengurangk­an jumlah masa tidak produktif bagi pemandu lori yang menunggu di pintu masuk atau di luar depot, FMM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia