Utusan Borneo (Sarawak)

Polis serbu pejabat pembangkan­g Kenya

-

NAIROBI: Perikatan pembangkan­g utama di Kenya kelmarin berkata salah sebuah pejabatnya di sebuah bandar pinggir Nairobi telah diserbu polis yang menyita puluhan komputer, pelayan dan alat pengawasan.

Insiden itu berlaku ketika negara itu berada dalam keadaan tegang hanya beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum pada Selasa ini.

Seorang pemberita AFP di tempat kejadian di pejabat di bandar pinggir Westlands melihat kabel yang dicabut, sebuah pintu yang pecah serta kerusi dan meja yang diterbalik­kan.

“Apa yang kami saksikan adalah satu situasi yang sangat luar biasa kerana salah sebuah pusat kami, pusat penjumlaha­n kami telah diserbu pada sebelah petang,” kata Musalia Mudavadi, salah seorang ketua Pakatan Super Nasional ( NASA) kepada pemberita di tempat kejadian.

“Mereka merosakkan tempat itu dan hilang, bersama semua komputer meja dan juga beberapa komputer riba.”

Terdahulu satu kenyataan NASA menyebut “polis yang memakai penutup kepala dan bersenjata­kan AK47 dan mesingan menyerbu beberapa pejabat” milik perikatan.

Bagaimanap­un tiada serbuan lain ke atas manamana pejabat lain milik perikatan itu yang dapat disahkan.

Seorang pegawai kanan polis menafikan sebarang pengetahua­n tentang serbuan itu.

Seorang pengawal di bangunan yang terjejas, dan enggan dikenali, berkata: “Semua mereka bersenjata dan apabila mereka berjalan masuk, mereka memperkena­lkan diri sebagai anggota polis dan membawa senapang, anggota lain diletakkan di luar manakala anggota lain lagi masuk.

“Mereka menutup wajah mereka dan dari cara mereka bercakap, mereka sangat yakin dan tidak terburubur­u.”

Musavadi berkata, “Kami tidak ada keraguan bahawa ini adalah angkara kerajaan. Ia adalah malang sekali kerana mereka melakukan perkara ini tetapi saya dapat memberi jaminan kepada anda bahawa ini tidak akan menghalang kami sama sekali.”

Tinjauan pendapat menunjukka­n pembawa obor NASA Raila Odinga terikat dengan musuh sekian lama Presiden Uhuru Kenyatta dan ketegangan adalah tinggi.

Odinga berkata satusatuny­a cara beliau akan tewas adalah jika penipuan berlaku dalam pilihan raya. Ia adalah cubaan keempat beliau untuk menjadi presiden dan beliau mendakwa pilihan raya pada 2007 dan 2013 telah dicuri daripadany­a.

NASA telah berbalah de n g a n su r u h a n j a y a pilihan raya negara (IEBC) berhubung rancangann­ya untuk menubuhkan sebuah pusat penjumlaha­n selari bagi mengumumka­n keputusann­ya sendiri.

Parti Jubilee pimpinan Kenyatta yang memerintah negara mengecam ini sebagai satu komplot untuk mempertika­ikan keputusan.

IEBC akhirnya bersetuju de n g a n ra n c a n g a n pembangkan­g, selagi ia tidak mengumumka­n keputusann­ya sendiri yang muktamad.

Negara itu turut dikejutkan oleh pembunuhan dan penyeksaan seorang pegawai Teknologi Maklumat (IT) tertinggi di suruhanjay­a pilihan raya negara, yang menyelia sistem undian elektronik yang dilihat sebagai amat penting kepada kejayaan pilihan raya.

Beliau dijumpai mati tercekek dalam sebuah hutan di pinggir Nairobi pada hujung minggu lepas.

Sementara pilihan raya pada 2013 pada umumnya berjalan dengan aman, ia adalah sedekad sejak pilihan raya presiden yang kontrovers­i pada 2007 mencetuska­n keganasan selama dua bulan, yang mengorbank­an 1,100 orang dan menyebabka­n 600,000 lagi hidup dalam pelarian. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERCEMAR: Telur dipaparkan dalam foto hiasan di Bad Honnef, Jerman kelmarin.
— Gambar Reuters TERCEMAR: Telur dipaparkan dalam foto hiasan di Bad Honnef, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia