Utusan Borneo (Sarawak)

Kritik presiden, penyanyi Senegal ditangkap polis

-

DAKAR: Polis kelmarin berkata mereka telah menangkap seorang penyanyi popular di Senegal kerana kenyataan yang disebut dalam talian untuk menyerang Presiden Macky Sall dan penganjura­n pilihan raya baru-baru ini, ketika Senegal berikrar untuk menamatkan kelakuan dalam talian yang “kasar dan kesat”.

Amy Colle Dieng ditangkap Khamis lepas kerana “menyinggun­g ketua negara dan menyiarkan berita palsu”, kata sumber polis kepada AFP setelah audio dia menyelar presiden mencetuska­n keributan dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam rakaman yang dikongsika­n menerusi khidmat pesanan WhatsApp dan kemudian dimuat naik ke YouTube, dia memanggil Sall ““sai sai” atau “bangsat” dalam bahasa tempatan Wolof, yang “beroperasi dalam bayang-bayang” untuk mencapai matlamatny­a.

Dia juga kedengaran menyebut bahawa presiden, yang dipilih pada 2012, tidak berbuat apa-apa untuk negara dan “mencuri” kemenangan dalam pilihan raya perundanga­n baru-baru ini.

Dieng juga kedengaran me n g i s y t i h a r k a n sokonganny­a kepada bekas presiden Abdoulaye Wade, yang berdiri sebagai calon pembangkan­g dalam pilihan raya perundanga­n pada Ahad lepas, dan dia mengkritik kesilapan pentadbira­n yang mencemari pemilihan.

Pendakwa raya kerajaan Serigne Bassirou Gueye berkata pihak berkuasa telah memerhatik­an peningkata­n da l a m ti n g k a h - l a k u “memalukan” termasuk berkongsi imej dan meme yang “lucah, menyinggun­g perasaan”, dan menambah undang-undang jenayah siber membenarka­n hukuman penjara sehingga sedekad bagi kesalahan sedemikian.

Seorang wanita kedua ditangkap kelmarin kerana menyiarkan hinaan etnik dalam video yang dikongsi dalam talian, kata satu sumber keselamata­n kepada AFP, yang bercakap hanya beberapa jam sahaja selepas kenyataan pendakwa raya.

Dieng masih dalam tahanan lewat kelmarin, kata sumber pentadbira­n kepada AFP.

Satu lagi sumber menambah Dieng berkongsi komen berkenaan dengan sebuah kumpulan WhatsApp dan tidak menjangka ia akan didedahkan kepada orang ramai.

Kes Dieng timbul selepas empat orang didakwa Jun lalu dengan kesalahan “menyinggun­g moral awam” kerana mengedar imej palsu Sall dalam keadaan berbogel, juga menerusi WhatsApp.

Keputusan pilihan raya pada Ahad lepas dijadual diumumkan pada Jumaat, dan kemenangan besar bagi perikatan pemerintah pimpinan Sall dijangkaka­n.

Senegal terkenal kerana tradisi demokratik yang umumnya aman dan kebebasanm­edia, tetapiakti­vis hak asasi manusia mengkritik kerajaan berhubung kes imej WhatsApp berkenaan. – AFP SHANGHAI: Ba d a n pemantau antirasuah di China semalam berkata bekas ketua lembaga penyelia di Bank Pembanguna­n China, peminjam polisi terbesar di negara itu, telah dipenjara selama 14 tahun dan didenda 3.5 juta yuan (RM1.8 juta) kerana menerima rasuah.

Suruhanjay­a Pusat bagi Pemeriksaa­n Disiplin ( CCDI) menyebut dalam satu kenyataan dalam laman sesawangny­a bahawa Yao Zhongmin menerima rasuah berjumlah 36.2 juta yuan secara langsung atau tidak langsung menerusi saudaranya antara 2002 dan 2013.

Dia menerima wang itu sebagai balasan bagi bantuan dengan pinjaman dan kerja kontrak lain, katanya.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman lebih ringan kerana Yao membantu dengan siasatan apabila dia mengaku bersalah dan mendedahka­n lokasi hasil kutipan dari jenayahnya, kata CCDI.

Badan pemantau berkenaan mengumumka­n pada Jun 2016 bahawa Yao berada di bawah siasatan.

Presiden China Xi Jinping telah melancarka­n kempen yang meluas menentang rasuah, dengan menyasari beberapa sektor, dari tentera hingga kepada kewangan tanpa mengira pegawai kerajaan atau orang awam.

Tidak terkecuali dalam kempen tersebut adalah para pegawai kanan parti yang didapati hidup mewah dan mempunyai pengaruh yang besar. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia