Dispenser meletup, wanita terima pampasan sejuta euro
MONTAUBAN: Mahkamah Perancis menganugerahkan pampasan sejuta euro kepada seorang wanita yang mengalami keretakan akibat dispenser krim yang meletup, dalam kes yang membangkitkan kematian seorang penulis blog kecergasan pada Jun lepas.
Peguam mangsa Emeline Petitgirard menyifatkan jumlah tersebut luar biasa bagi Perancis, di mana mahkamah sivil jarang mengarahkan pampasan besar bagi kes yang tidak mengakibatkan kematian.
Na m u n pe g u a m menyatakan kes Emilie Lada, 30, amat tragik, justeru jumlah ‘ agak besar’ 1.09 juta euro adalah untuk satu kehidupan yang lenyap.
Dispenser krim putar itu meletup pada Disember 2013 dan meretakkan tengkorak Lada, menyebabkan pendarahan dalam tengkorak dan mengoyakkan sebahagian mukanya.
“Hasil kerja pakar bedah amat menakjubkan dan kecacatan muka itu kini hampir tidak kelihatan,” menurut Petitgirard.
Bagaimanapun Lada tidak lagi boleh bekerja serta hilang deria rasa dan bau, tambah beliau.
Menurut keputusan yang disiarkan kelmarin, mahkamah di selatan Perancis di pekan Montauban mendapati pengimport dispenser F2J. com dan penyedia insurans AXA bertanggungjawab atas insiden itu.
Ganti rugi kerosakan termasuk 10,000 euro masing-masing bagi suami Lada dan dua anak mereka berusia tiga dan enam tahun, yang turut berada di dapur bersamanya.
AXA merayu keputusan, menyatakan rangkaian pasar raya Auchan seharusnya menanggung sebahagian kos kerana menjualnya.
Mahkamah tidak bersetuju dan mendapati Auchan tidak bertanggungjawab ke r a n a La d a ti d a k boleh mengemukakan re s i t me m b u k t i k a n pembeliannya.
Pada Jun, Rebecca Burger, bintang Instagram Perancis dan penulis blog kecergasan terkenal, mati di barat Perancis selepas dispenser yang meletup mengenai dadanya. — AFP