Siapkan projek kerajaan, elak kemarahan rakyat
Kontraktor dianugerah projek kerajaan diingatkan supaya laksana dan siapkan projek dengan sewajarnya: Rosey
MIRI: Kontraktor dianugerahkan projek kerajaan diingatkan supaya melaksana dan menyiapkan projek dengan sewajarnya atau rakyat menjadi mangsa dan berdepan kesukaran, jika ia terus tertangguh atau terbengkalai.
Menteri Muda Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata kontraktor perlu melaksanakan projek atau tender diamanahkan sebaik sahaja diberi kontrak berkenaan kerana projek tersebut disalur oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.
“Jika anda gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, rakyat yang akan menjadi mangsa, kerana kerajaan melulus dan memberikan projek berkenaan untuk keperluan mereka.
“Tindakan tidak bertang- gungjawab pihak kontraktor meninggalkan projek separuh jalan atau tidak menyiapkan seperti dijadual akan mencetuskan kemarahan rakyat yang seterusnya menyalahkan pihak berkuasa atau kerajaan kerana kegagalan penyiapan projek tersebut,” katanya.
Rosey memberitahu demikian kepada Utusan Borneo di sini semalam, selepas menerima beberapa aduan daripada penduduk di kawasannya, konstituensi Bekenu, berhubung beberapa projek yang masih belum disiapkan oleh pihak kontraktor seperti yang dijadualkan.
Katanya menjadi tanggungjawab kontraktor untuk mematuhi terma dan syarat projek yang diperolehi, memandangkan kerajaan memerlukan kemudahan berkenaan untuk kegunaan dan keperluan rakyat.
“Saya dimaklum oleh orang di Niah bahawa terdapat satu projek dilepas dan kontraktor gagal menyelesaikan kerjanya, menyebabkan pihak berkuasa perlu mengulangi semula projek itu dan menyerahkannya kepada kontraktor lain, yang pastinya mengambil masa untuk disiapkan.
“Manakala rakyat pula akan menyalahkan wakil rakyat dan kerajaan, mengapa projek berkenaan gagal disiapkan,” jelas Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu.
Terdahulu, Rosey mengedarkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selanyau di Bekenu, Sibuti, sebagai salah satu program kementerian itu untuk mendidik dan menyemai semangat patrotisme terhadap negara dalam kalangan murid sekolah rendah.
Katanya, ibu bapa dan guru mesti menanam semangat patriotisme di kalangan anakanak sejak mereka kecil lagi, agar tahu dan memahami kesukaran dihadapi datuk nenek mereka dahulu, dalam mencapai kemerdekaan negara dan negeri ini khasnya.
Pada masa sama, beliau berkata menjadi peranan guru untuk mengajar kanakkanak di sekolah rendah dan prasekolah mengenai makna kemerdekaan untuk mereka.
Jika anda gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, rakyat yang akan menjadi mangsa, kerana kerajaan melulus dan memberikan projek
mereka.” berkenaan untuk keperluan Rosey Yunus Menteri Muda Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak