Pematuhan kebersihan tangan perlu diutama
Ia langkah efektif awal cegah jangkitan HCAI dan penyebaran kerintangan antimikrobial, kata Dr Sim
KUCHING: Pematuhan kebersihan tangan langkah efektif awal untuk mencegah jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HCAI) dan penyebaran kerintangan antimikrobial.
Sebab itu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, penting untuk semua kakitangan penjagaan kesihatan mengamalkan kebersihan tangan yang ketat terutama ketika bersama dengan pesakit.
Menurut beliau, HCAI adalah beberapa komplikasi yang paling biasa menjejaskan pesakit di hospital.
Ini termasuk jangkitan saluran kencing (UTI), radang paru-paru, jangkitan laman pembedahan (SSI), jangkitan aliran darah (BSI) dan sepsis klinikal.
“Jangkitan- jangkitan ini boleh menyebabkan klinikal yang serius, bebanan kos disebabkan tinggal lebih lama di hospital, meningkatkan ketidakupayaan pencegahan kematian dan meningkatkan rintangan antimikrobial,” ujarnya ketika berucap merasmikan program ‘Clean Care is Safer Care, Worldwide Action 2005-2017’ di Auditorium Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, setiap tahun tanpa gagal, fasiliti kesihatan di negeri ini menganjurkan kempen kebersihan tangan di peringkat masing-masing.
Tahun ini, katanya, menyaksikan kelainan positif dalam ak- tiviti kempen di mana kempen khas peringkat negeri diadakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri pada 8 Mei lalu, tiga hari selepas sambutan Hari Kebersihan Tangan Global tahunan pada setiap tanggal 5 Mei.
“Tahun ini, jabatan telah menganjurkan pertandingan melukis poster selari dengan seruan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2017 untuk kebersihan tangan dan menerima sambutan yang menggalakkan.
“Kajian ke atas semua 23 hospital kami pada Februari lepas mendapati majoriti telah mengamalkan kebersihan tangan pada tahap yang tinggi.
“Bagaimanapun, satu komponen yang masih kekurangan ialah peringatan kebersihan tangan di tempat kerja dan di sinilah pertandingan poster memainkan peranan di mana poster yang menang akan digunakan di semua fasiliti ini untuk peringatan kepada kakitangan dan orang awam,” katanya.
Meskipun, kesedaran mengenai kepentingan kebersihan tangan adalah penting, tetapi penting untuk melatih pekerja mengenai langkahlangkah kebersihan tangan yang betul.
Atas sebab itu, jabatan telah mengadakan program latihan kebersihan tangan di Kuching dari 14 hingga 17 Ogas yang lepas.
Programinitelahdikendalikan oleh Hospital University Geneva, Pusat Kolaboratif WHO dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seramai 80 peserta menghadiri program ini terdiri daripada kakitangan hospital kerajaan dari seluruh negara termasuk tiga peserta dari Singapura.
Program ini, menurut Dr Jamilah, merupakan satu contoh usaha oleh WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan amalan kebersihan tangan disebarkan bagi mengurangkan HCAI di seluruh dunia.
Turut hadir Prof Dr Didier Pittet yang merupakan Pengarah Pusat Kolaboratif WHO dan Program Kawalan Jangkitan, University of Geneva Hospital dan Fakulti Perubatan Geneva, Switzerland, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr Kamarudin Lajim, Pengarah HUS Chin Zin Hing serta yang lain.
Jangkitan-jangkitan ini boleh menyebabkan klinikal yang serius, bebanan kos disebabkan tinggal lebih lama di hospital, meningkatkan ketidakupayaan pencegahan kematian dan meningkatkan rintangan antimikrobial. Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan