Pertingkat daya saing perniagaan
Kontraktor Bumiputera tidak dapat terlalu bergantung kepada kerajaan
SIBU: Kontraktor Bumiputera perlu lebih ke hadapan dengan meningkatkan daya saing agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.
Ketua Cawangan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Ainilkasma Derim memberitahu kontraktor juga harus merebut projek daripada pihak swasta.
Ujarnya, sudah sampai masanya mereka merangka inisiatif terus bersaing dalam perniagaan.
“Sudah sampai waktunya kontraktor Bumiputera keluar daripada zon selesa. Jangan terlalu bergantung kepada kerja daripada kerajaan selain merangka inisiatif bersaing dalam sektor ini,” katanya.
Beliau berucap merasmikan Kursus Asas Pemahaman Taraf Bumiputera anjuran BPKU dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Zon tengah.
Hadir sama ialah Naib Presiden PERKOBF Sarawak Jimbau Galau dan Presiden PERKOBF Zon Tengah Jawi Anom.
Yang hadir samaYang Dipertua Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Johor, Zahrul-Lail Abdul Moez serta Pengurus Besar HTVB, Tan Choon Bock di sini.
Ainilkasma berkata, turut menggesa semua kontraktor kelas F supaya menganjurkan aktiviti persatuan secara bersama bagi mengeratkan lagi silaturahim.
Beliau juga turut meminta semua kontraktor juga harus peka dengan arus perkembangan teknologi dengan menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya mengenai teknologi baharu dan moden.
“Inisiatif ini diharap dapat memperkasa pengetahuan dan rangkaian kontraktor khususnya di Sarawak,” jelas beliau.
Sudah sampai waktunya kontraktor Bumiputera keluar daripada zon selesa. Jangan terlalu bergantung kepada kerja daripada kerajaan selain merangka inisiatif bersaing dalam sektor ini. Ainilkasma Derim Ketua Cawangan BPKU