Jangan terperdaya tawaran laksana dam, korban murah
Dikhuatiri tidak selari dengan yang telah dimuzakarahkan
MEKAH: Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah terperdaya dengan individu tertentu yang kononnya boleh menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk menawarkan bayaran dam dan ibadah korban dengan kadar lebih murah.
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sekiranya jemaah mempercayai individu terbabit, dibimbangi ia tidak selari dengan apa yang diputuskan dalam Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan, sebelum ini.
“Jemaah haji jangan terperdaya dengan orangperseorangan yang tidak diiktiraf pihak Tabung Haji, yang memberi penerangan berkaitan ibadat dan pegangan mereka serta hukum-hakam tidak selari dengan apa kita muzakarahkan kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata walaupun perkara tersebut tidak serius, ia masih berlaku saban tahun kerana individu terbabit juga mendakwa boleh membantu dari segi melakukan tawaf, ibadah melontar dan sebagainya.
“Kita jangan terpengaruh dan terperdaya dengan orang perseorangan tersebut kerana kita tidak tahu dari segi niat sebenar di sebalik apa yang mereka lakukan,” katanya.
Syed Saleh berkata seelokeloknya jika jemaah berdepan dengan sebarang keraguan dan memerlukan bantuan, mereka boleh berjumpa dengan petugas Tabung Haji (TH) bagi mendapatkan penjelasan lebih tersusun dan sahih.
“Dari segi kawalan di dalam bangunan (penginapan), kita boleh kawal tetapi jika jemaah haji keluar dari bangunan, ketika dalam perjalanan atau di dalam Masjidil Haram, kemungkinan ada individu tertentu berjumpa dengan
Kita jangan terpengaruh dan terperdaya dengan orang perseorangan tersebut kerana kita tidak tahu dari segi niat sebenar di sebalik apa yang mereka lakukan. Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah
jemaah haji kita dan cuba mempengaruhi mereka,” katanya.
Syed Saleh berkata beliau bimbang sekiranya jemaah menggunakan khidmat individu tersebut, misalnya dalam soal bayaran dam, dan individu itu tidak pula melakukannya, sedangkan perkara itu melibatkan hukum syarak.
“Tabung Haji sudah sediakan perkhidmatan pelaksanaan bayaran dam dan korban, jadi kenapa perlu pergi kepada individu tersebut walaupun perwatakan orang itu pakai jubah dan serban.
“Kemungkinan mereka ( jemaah) berasakan harga yang ditawarkan lebih menarik dan murah tetapi keyakinan sama ada dilaksana dengan sempurna atau tidak, kita tidak tahu,” katanya.
Beliau berkata TH turut menyediakan Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci ( Pihtas) sekiranya jemaah mempunyai sebarang k e m u s y k i l a n d a l a m pelaksanaan ibadah haji. — Bernama