Bundesliga dalam percubaan guna VAR
Teknologi itu bantu Bayern mulakan musim dengan kemenangan 3-1 ke atas Leverkusen
BERLIN: Robert Lewandowski menjaringkan tendangan penalti di separuh masa kedua, selepas ia diberikan ekoran campur tangan penolong pengadil video (VAR), ketika juara Bayern Munich membuka musim Bundesliga 2017/2018 dengan kemenangan 3-1 ke atas Bayer Leverkusen kelmarin.
VAR sedang dicuba dalam Bundesliga pada musim ini dan memainkan peranan buat pertama kali untuk mengesan bahawa Lewandowski dikasari dalam kawasan penalti pada babak kedua.
Penyerang Poland itu merembat masuk tendangan penalti untuk meletakkan Bayern 3-0 di hadapan selepas dua pemain baharu, iaitu pemain pertahanan Jerman, Niklas Suele, dan pemain tengah Perancis, Corentin Tolisso, menjaringkan gol dengan tandukan di separuh masa pertama.
Leverkusen sewajarnya merapatkan jurang dengan satu gol selepas ketinggalan 3-0 apabila penyerang Swiss, Admir Mehmedi, melengkapkan gerakan yang rancak dengan rembatan kencang.
“Ia adalah hari yang istimewa untuk saya – perlawanan pertama saya untuk kelab baharu saya dan gol pertama saya, ia menyenangkan hati,” kata Suele.
Pemain pertahanan Jerman di Leverkusen, Jonathan Tah, menyesali permainan buruk p a s u k a n n y a pada babak pertama.
Pada malam pembukaan yang dramatik, permulaan babak kedua turut ditangguhkan selama 15 minit apabila hujan lebat melanda stadium.
Selepas memenangi kejuaraan liga Jerman pada musim lepas – kelima berturut-turut bagi mereka – dengan kelebihan 15 mata, kemenangan besar di Munich membayangkan Bayern tidak ada keinginan untuk melonggarkan genggaman ketat mereka ke atas kejuaraan B u n - d e s - liga.
Ia adalah hari yang istimewa untuk saya – perlawanan pertama saya untuk kelab baharu saya dan gol pertama saya, ia menyenangkan hati. Niklas Suele Pemain Bayern Munich
Pasukan tuan rumah bermain tanpa beberapa bintang yang cedera di Allianz Arena, Munich, yang dilanda hujan termasuk kapten baharu kelab Manuel Neuer, pemain pertahanan Jerome Boateng dan pemain ba- haru James Rodriguez.
Bagaimanapun, Bayern memerlukan hanya sembilan minit sahaja untuk menjaringkan gol pendahuluan.
Suele, pemain pertahanan tengah, menanduk masuk bola dari tendangan percuma Sebastian Rudy.
Bayern menggandakan kelebihan mereka apabila Tolisso, pemain termahal kelab yang berharga 41.5 juta euro (RM199.2 juta) dari Lyon, menanduk masuk pada minit ke-18.
Hujan lebat kemudian memaksa permulaan babak kedua ditangguhkan selama 15 minit.
Stadium kosong seketika pada waktu rehat apabila penyokong mencari pelindungan sebelum memenuhi semula tempat duduk mereka yang basah.
J u r u l a t i h b a h a r u Leverkusen, Heiko Herrlich, membuat dua perubahan bagi tempoh 45 minit kedua sebagai tindak balas kepada pertahanan pasukannya yang buruk di separuh masa pertama.
Pemain sayap Jerman, Julian Brandt, menggantikan tempat pemain Jamaica, Leon Bailey, manakala pemain pertahanan Aleksandar Dragovic menggantikan pemain baharu Sven Bender di posisi pertahanan tengah.
Ia tidak mengubah apa- apa dan apabila pemain antarabangsa Chile, Charles Aranguiz, menjatuhkan Lewandowski ketika Bayern melancarkan serangan, VAR mengesan kekasaran tersebut dan penyerang Poland itu menjaringkan tendangan penalti yang diberikan pada minit ke-53.
Beberapa minit kemudian, pengganti Neuer, Sven Ulreich, membuktikan nilainya sebagai penjaga gol Bayern untuk menafikan Brandt dan kemudian Dominik Kohr berturut-turut.
Selepas sejam perlawanan berlangsung, kapten gantian Bayern, Thomas Mueller, memberi laluan kepada Arjen Robben.
Leverkusen menunjukkan semangat apabila hantaran Brandt mendapati Mehmedi tidak dijaga pada minit ke65 dan pemain antarabangsa Switzerland itu menyumbat gol mereka. — AFP