Utusan Borneo (Sarawak)

PENGEDAR AKTIF TUMPAS

Polis Bintulu berjaya berkas 11 suspek dalam operasi gempur dadah sejak 14 Ogos lalu.

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Polis Bintulu berjaya memberkas tujuh pengedar dadah sekitar jam 2 pagi di sini semalam dengan menjadikan jumlah keseluruha­n tangkapan sebanyak 11 pengedar dadah aktif di bandar ini sejak operasi menggempur dadah bermula 14 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zailanni Amit pada sidang media di sini semalam berkata, tangkapan ke atas tujuh suspek terdiri daripada dua penduduk tempatan dan lima warga Indonesia dilakukan di bilik hotel termasuk kawasan terminal bas di Parkcity Commercial Square di sini.

“Keseluruha­n rampasan dadah daripada ketujuh-tujuh suspek dianggar seberat 96.28 gram dengan nilai RM14,000 termasuk wang tunai sebanyak RM2,018,” katanya sambil menambah, pada operasi menggempur dadah bermula 14 Ogos sehingga 21 Ogos lalu pula, seramai empat pengedar berjaya diberkas dengan nilai rampasan dadah RM11,000.

Turut hadir pada sidang media di IPD tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Jame Reis.

Jelas Zailanni lagi, kesemua pengedar terbabit diberkas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Katanya, ketujuh-tujuh suspek ditangkap semalam antara pengedar aktif di kawasan terminal bas Parkcity Commersial Square dengan bekalan dadah dibungkus menggunaka­n straw sebelum diedar kepada orang awam.

“Sebelum ini dalam serbuan pertama 14 Ogos lalu, pasukan berjaya menangkap dua lelaki Indonesia termasuk merampas 21 tiub straw berisi 53.12 gram syabu di sebuah rumah sewa di Jalan Abang Galau dengan nilai rampasan dadah dianggar RM7,000.

“Manakala pada 19 Ogos pula tangkapan kedua dilakukan ke atas seorang lelaki Bugis Indonesia bersama 25 tiub straw dengan berat 5.15 gram syabu bernilai RM1,000 di sebuah perhentian bas bersebelah­an ladang Sime Darby di Kilometer 38 Jalan Bintulu-Miri,” katanya.

Beliau menjelaska­n, seorang lagi lelaki warga Indonesia ditangkap pada 21 Ogos di rumah pekerja kilang kayu Jalan Bintulu-Tatau bersama tiga yang lain dengan rampasan 11 tiub straw panjang dan pendek dengan berat 5.1 gram syabu bernilai RM3,000 termasuk nilai keseluruha­n 63.37 gram dengan anggaran nilai RM11,000 daripada keempat-empatnya.

Zailanni berkata, usaha menggempur pengedar dadah turut mendapat sokongan padu Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal semasa lawatan ke Bintulu baru-baru ini dengan bantuan daripada pegawai narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak melalui pertukaran risikan.

Katanya, tangkapan ke atas kesemua 11 suspek positif dengan keseluruha­n dadah dirampas lebih 100 gram syabu dan kebanyakan dadah ditemui dalam beg sandang dan poket seluar suspek pengedar warga asing.

Jelasnya, sepanjang 2017, polis narkotik telah membuat tangkapan 438 kes memiliki dan mengedar dadah iaitu hampir 40 peratus peningkata­n berbanding tahun lepas.

“Operasi tangkapan akan dibuat secara berterusan untuk membantera­s aktiviti pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di Bintulu sekali gus mengawal penglibata­n negatif masyarakat.

“Dari Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 445 kes tangkapan direkodkan berbanding 321 kes dalam tempoh sama tahun 2016 ,” katanya sambil menambah kebanyakan kes tangkapan adalah di bawah Seksyen 39B dan 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? MAKLUMAT: Zailanni (tengah) bercakap dengan pegawai dan anggota polis narkotik. Turut kelihatan dua daripada suspek pengedar dadah (membelakan­gi kamera) di terminal bas di Parkcity Commercial Square semalam. RAMPAS: Zailanni (tengah) bersama Jame (dua kiri) dan pegawai-pegawai narkotik menunjukka­n dadah dan wang tunai yang dirampas.
MAKLUMAT: Zailanni (tengah) bercakap dengan pegawai dan anggota polis narkotik. Turut kelihatan dua daripada suspek pengedar dadah (membelakan­gi kamera) di terminal bas di Parkcity Commercial Square semalam. RAMPAS: Zailanni (tengah) bersama Jame (dua kiri) dan pegawai-pegawai narkotik menunjukka­n dadah dan wang tunai yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia