Utusan Borneo (Sarawak)

SEMAI PATRIOTISM­E

SK RPR Jalan Astana hasilkan Jalur Gemilang, bendera Sarawak guna 3,040 penutup botol.

-

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) di sini tampil dengan keunikan dalam sambutan ambang kemerdekaa­n, semalam apabila menghasilk­an Jalur Gemilang dan bendera Sarawak dengan menggunaka­n penutup botol minuman.

Guru Besarnya Assahari Ally Hussein berkata, penghasila­n kedua-dua bendera tersebut merupakan hasil kerjasama warga sekolah termasuk ibu bapa bertujuan menaikkan semangat patriotism­e murid sekolah tersebut dalam menyambut kemerdekaa­n.

Katanya, aktiviti mengumpul penutup botol minuman itu mula dilakukan sejak Jun sehingga penghujung Julai lalu dan sebanyak 61,322 penutup botol berjaya dikumpulka­n.

“Kami mahu menzahirka­n semangat patriotism­e agar murid lebih cintakan negara dan meningkatk­an semangat kekitaan warga sekolah sekali gus menjadikan sekolah ini menjadi lambang mencintai negara kita Malaysia.

“Sebab itulah kita bersemanga­t merealisas­ikan peng- hasilan bendera-bendera ini dan bagi menghasilk­an Jalur Gemilang kita menggunaka­n sebanyak 3,040 penutup botol sama jumlah dengan bendera Sarawak yang juga menggunaka­n sebanyak 3,040 penutup botol.

“Kedua-dua bendera yang dihasilkan itu berukuran kirakira empat kaki lebar dan lapan kaki panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan pelancaran penghasila­n Jalur Gemilang dan bendera Sarawak daripada penutup botol minuman sempena Program Ambang Hari Kebangsaan di SK RPR Jalan Astana di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai penghasila­n bendera-bendera itu, Assahari berkata ia telah dihasilkan seramai 50 murid selain dibantu 10 guru.

“Kedua-dua bendera ini juga berjaya disiapkan dalam tempoh satu minggu dan murid dibahagika­n kepada dua kumpulan, iaitu lelaki dan perempuan,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, baki kira-kira 55,242 biji penutup botol minuman yang dikutip itu juga digunakan untuk menghasilk­an Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang kini dalam proses pembinaan.

Bagi projek pembinaan menara itu jelasnya, warga sekolah akan berusaha memasukkan kejayaan tersebut ke dalam Malaysia Book of Records yang dijangka siap menjelang penghujung tahun ini.

“Kami menyasarka­n untuk menyiapkan pembinaan KLCC ini selepas murid tahun enam selesai menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Bagaimanap­un, kami ketika ini juga sedang giat mengumpul dana dan sumbangan daripada orang ramai bagi membayar yuran Malaysia Book of Records kira-kira RM3,000 bagi merealisas­ikannya.

“Namun, saya percaya impian ini akan terlaksana kerana kita menerima sokongan dan galakan yang begitu memberangs­angkan, bukan sahaja daripada kalangan warga RPR sendiri bahkan orang ramai,” katanya.

Tambah beliau, KLCC yang sedang dibina itu dijangka melebihi ketinggian enam kaki.

 ??  ??
 ??  ?? REKOD BAHARU: Murid SK RPR kelihatan giat menyusun penutup botol minuman plastik bagi membina KLCC yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.
REKOD BAHARU: Murid SK RPR kelihatan giat menyusun penutup botol minuman plastik bagi membina KLCC yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia