Utusan Borneo (Sarawak)

‘Van kanister gas’ dekat konsert rock

Polis Belanda siasat kemungkina­n kaitan keganasan, berkas pemandu warga Sepanyol

-

ROTTERDAM: Polis Belanda sedang menyiasat kemungkina­n bagi hubungan dengan keganasan setelah mereka menangkap seorang warga Sepanyol yang memandu sebuah van yang mengandung­i kanister gas dekat dengan sebuah konsert rock yang segera dibatalkan kerana bimbang mengenai serangan.

Lelaki itu “telah ditangkap dan dibawa ke balai polis”, kata polis Rotterdam dalam satu tweet lewat kelmarin, selepas menerima maklumat daripada pihak berkuasa Sepanyol.

Tangkapan itu dibuat tidak sampai seminggu selepas serangan kenderaan berkembar di Sepanyol mengorbank­an 15 nyawa, yang diakui dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS).

Pegawai skuad bom Belanda “sedang menyiasat van” yang dijumpai hanya dua lebuh sahaja dari dewan konsert Maassilo di mana sebuah kumpulan rock Amerika dijadual mengadakan persembaha­n, ujar mereka.

Pada awal petang kelmarin, pihak berkuasa Belanda memutuskan untuk membatalka­n konsert kumpulan dari California, Allah-Las di kota pelabuhan terbesar di Eropah selepas menerima maklumat daripada polis Sepanyol sekitar jam 5.30 petang (waktu tempatan) mengenai kemungkina­n berlakunya serangan pengganas.

“Pada awal petang, saya menerima amaran menerusi telefon bahawa kita telah menerima ancaman yang mempunyai implikasi bagi satu konsert Amerika di Maassilo, Rotterdam,” kata datuk bandar, Ahmed Aboutaleb, pada satu sidang akhbar yang diadakan dengan tergesa-gesa.

“Isyarat ini datang daripada polis Sepanyol kepada polis Belanda,” tambahnya.

Namun Aboutaleb, datuk bandar kelahiran pendatang dan Muslim pertama di negara itu yang telah bersuara untuk menentang kumpulan pengganas Islam, menambah siasatan sedang dijalankan dan “kita tidak dapat menyatakan sekarang sama ada van dengan kanister itu ada kaitan dengan ancaman tersebut ataupun tidak”.

Kumpulan empat anggota berkenaan, dari Los Angeles, diiringi dari dewan konsert oleh polis yang memakai ves kalis peluru.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP, mereka berkata mereka “tidak cedera dan sangat bersyukur kepada polis Rotterdam dan agensi lain yang bertanggun­gjawab kerana mengesan ancaman yang berpotensi itu sebelum sesiapa cedera”.

Polis Rotterdam berkata kemudian seorang pegawai “yang ditugaskan dekat venue berkenaan memutuskan untuk menghentik­an sebuah van yang dia lihat dipandu sekitar jam 9.30 malam”.

“Van itu mempunyai plat Sepanyol dan dipandu oleh seorang warga Sepanyol. Di dalam van ada beberapa botol gas. Sama ada ia ada kaitan dengan ancaman pengganas atau tidak sedang disiasat,” kenyataan dalam bahasa Inggeris itu menyebut, dan menambah “pemandu telah ditahan”.

Hubungan antarabang­sa bagi sel yang dianggotai kebanyakan warga Maghribi di sebalik serangan di Sepanyol sedang disiasat oleh penyiasat yang menjejaki pergerakan mereka ke Perancis dan Belgium.

Polis Sepanyol melancarka­n serbuan baharu pada malam Rabu hingga kelmarin seleps kenderaan melanggar pejalan kaki di lebuh hias Las Ramblas yang sibuk di Barcelona dan sebuah sesiaran tepi laut di bandar peranginan Cambrils.

Seramai 15 maut dan lebih 120 lagi cedera.

Dokumen mahkamah Sepanyol menunjukka­n sekurangku­rangnya 500 liter asetona, jumlah paku dan peledak yang besar serta kanister gas dijumpai dalam serbuan ke atas sebuah rumah di bandar Alcanar, ke selatan Barcelona.

Bangunan di Rotterdam di mana konsert kelmarin sepatutnya diadakan, dan dapat menampung kira-kira 1,000 orang, diperiksa oleh skuad antikegana­san Belanda selepas orang ramai dikeluarka­n.

Belanda setakat ini terselamat daripada beberapa serangan pengganas yang menggegark­an negara jirannya yang terdekat di Eropah pada tahun-tahun lepas.

Namun di tengah-tengah beberapa kejadian yang membimbang­kan di sini sejak beberapa bulan lalu, dan laporan bahawa orang yang dikaitkan dengan beberapa serangan mungkin telah memasuki negara itu seketika, pegawai perisikan dan keselamata­n tertinggi Belanda yang bimbang telah memantau keadaan dengan penuh waspada.

Seorang jurucakap kementeria­n keadilan Belanda memberitah­u AFP tahap ancaman di Belanda masih pada “empat” daripada maksimum lima.

“Belum ada apa yang telah berubah buat masa sekarang,” kata Lodewijk Hekking, yang bermakna tahap ancaman masih kekal bahawa serangan kemungkina­n besar akan berlaku di Belanda.

Tangkapan berkenaan dibuat beberapa bulan selepas seorang lelaki Belanda – yang dikenali pihak berkuasa sebagai kemungkina­n besar telah diserap dengan fahaman radikal – ditangkap ketika membuat rakaman di luar salah sebuah stadium terbesar di negara itu ketika konsert sedang berlangsun­g.

Lelaki berusia 29 tahun dari Amsterdam itu ditahan pada Jun lalu di luar Stadium Philips di selatan Eindhoven di mana penyanyi pop Belanda yang popular, Guus Meeuwis, sedang membuat persembaha­n.

Polis berkata ketika itu “dia tidak ada penjelasan yang munasabah bagi apa yang dia buat, selain tidak ada tiket ke konsert itu”. Konsert berkenaan berakhir tanpa sebarang insiden.

Ia menyusuli serangan pada Mei lalu di hujung sebuah konsert di Manchester oleh penyanyi Amerika Syarikat Ariana Grande di mana seorang pengebom nekad membunuh 22 termasuk tujuh kanak-kanak.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PERIKSA: Pegawai polis memeriksa van yang mempunyai plat Sepanyol dan mengandung­i kanister gas di kawasan berhampira­n dewan konsert Maassilo, selepas sebuah konsert rock dibatalkan akibat ancaman pengganas, di Rotterdam kelmarin.
— Gambar AFP PERIKSA: Pegawai polis memeriksa van yang mempunyai plat Sepanyol dan mengandung­i kanister gas di kawasan berhampira­n dewan konsert Maassilo, selepas sebuah konsert rock dibatalkan akibat ancaman pengganas, di Rotterdam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia