Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM Sarawak bakal miliki Unit Pengesan

Unit K9 ini bakal memperkasa­kan lagi JBPM Sarawak dalam misi mencari dan menyelamat

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak bakal mempunyai Unit Pengesan ( K9) yang dijangka ditubuhkan hujung tahun ini.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim yang memberitah­u, unit K9 itu bakal memperkasa­kan lagi JBPM Sarawak dalam misi mencari dan menyelamat di negeri ini.

“Kerajaan telah meluluskan supaya Unit Pengesan ini ditubuhkan di Sarawak dan di Sabah bagi membantu kita dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Dalam masa hujung tahun ini kita jangka Sarawak sudah ada unit ini dan berfungsi sepenuhnya,” katanya sambil menambah unit tersebut akan ditempatka­n di Balai JBPM Serian.

Wan Mohd berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penangguha­n Forum Pemerkasaa­n Integriti Peringkat Zon Borneo Siri Dua 2017 di Auditorium, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sarawak di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai unit itu, beliau berkata, sebanyak lapan anjing K9 terlatih berserta pegawai terlatih akan ditempatka­n dalam unit tersebut di negeri ini.

Jelasnya, setiap anjing diba- hagikan kepada empat disiplin berbeza bagi memudahkan misi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Pertama ‘ fire investigat­ion’ bagi membantu pasukan penyiasat kebakaran dalam mengesan punca kebakaran dan kedua pula ‘urban disaster’ iaitu operasi mencari dan menyelamat mangsa hidup disebabkan bencana alam.

“Ketiga pula ‘wilderness’ merupakan operasi mencari dan menyelamat orang yang hilang di hutan, gua dan kawasan tinggi dan disiplin terakhir ‘ cadaver’, operasi mencari mangsa yang telah mati di air atau di darat,” kata Wan Mohd.

Beliau berkata Unit K9 pada masa ini hanya ditempatka­n di Kuala Lumpur yang mempunyai 16 anjing berserta pegawai terlatih sejak ditubuhkan 2003 bagi menjalanka­n operasi di

Kerajaan telah meluluskan supaya Unit Pengesan ini ditubuhkan di Sarawak dan di Sabah bagi membantu kita dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat. Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim Ketua Pengarah JBPM

seluruh negeri di Semenanjun­g Malaysia.

Mengenai fenomena insiden orang hilang yang semakin meningkat pada masa ini, Wan Mohd berkata, ia berikutan perubahan hobi masyarakat pada masa kini yang dilihat gemar menjalanka­n aktiviti luar dan lasak.

Hadir sama Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penyiasata­n Kebakaran JBPM Edwin Galan Teruki, Pengarah dan Ketua Penyelaras, Koo rdinasi dan Pemantauan Institut Integiri Malaysia Hamilye Sham Harun, Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad dan Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sarawak Zulhairy Zaidel.

 ??  ??
 ??  ?? WAN MOHD NOR
WAN MOHD NOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia