Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita mengamuk, ugut bakar diri diselamatk­an

Anggota polis bertindak guna ‘taser gun’ selepas usaha memujuk mangsa menemui kegagalan

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Tindakan pantas anggota polis berjaya menyelamat seorang wanita menggunaka­n ‘taser gun’ selepas dikatakan mengugut membakar dirinya yang telah disimbah dengan minyak petrol malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku di Kampung Bintawa Tengah di sini apabila wanita berusia 40 tahun itu tiba-tiba mengamuk sebelum bertindak menyimbah minyak petrol ke seluruh badannya sekitar jam 12.30 tengah malam.

Difahamkan, ahli keluarga yang melihat tindakan mangsa itu kemudian segera menghubung­i pihak polis untuk bantuan selepas dia dikatakan mengugut hendak membakar dirinya.

“Anggota kereta peronda polis (MPV) tiba tepat pada masanya, namun usaha menenangka­nnya gagal menyebabka­n mereka (polis) terpaksa menggunaka­n senjata jenis ‘taser gun’ ke atas mangsa yang dikatakan mengugut hendak membakar dirinya.

“Mangsa kemudian ditahan dan turut dirampas ialah botol plastik yag digunakan meny- impan minyak petrol, pisau pemotong kek, dan pakaian suspek,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u wanita terbabit direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Tambahnya kes tersebut disiasat di bawah Seskyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

“Pihak kita juga memohon siasatan di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk membolehka­n wanita terbabit menjalani pemeriksaa­n mental,” katanya.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan termasuk untuk mengetahui motif mangsa bertindak sedemikian.

Anggota kereta peronda polis (MPV) tiba tepat pada masanya, namun usaha menenangka­nnya gagal menyebabka­n mereka (polis) terpaksa menggunaka­n senjata jenis ‘taser gun’ ke atas mangsa yang dikatakan mengugut hendak membakar dirinya. Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia