Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah pekerja hangus, 18 buruh hilang tempat berteduh

-

MIRI: Seramai 18 buruh warga Indonesia tinggal sehelai sepinggang apabila enam pintu rumah pekerja hangus dalam kebakaran di Ladang Taniku, Jalan Pujut 7, Permyjaya dekat sini, pagi semalam.

Kebakaran itu berlaku kira-kira pada jam 7.30 pagi ketika semua penghuni rumah pekerja tersebut turun bekerja ke ladang sawit.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata bomba mengetahui mengenai kebakaran tersebut apabila dua kakitangan ladang datang ke balai kira-kira pada jam 10 pagi untuk membuat laporan.

“Empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Ellai ke lokasi kejadian membuat pemantauan.

“Pemantauan mendapati rumah pekerja berstruktu­r tidak kekal tersebut telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Law berkata kakitangan ladang memaklumka­n penghuni rumah pekerja berusaha membuat pemadaman dengan menggunaka­n 20 unit tabung alat pemadaman api (APA) dan dua unit Water Bowser.

“Namun kebakaran tidak dapat dipadam kerana api terlalu marak dan merebak keseluruha­n rumah.

“Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian,” katanya.

Perjalanan ke ladang terpaksa melalui simpang jalan Miri Bypass melalui ladang sawit berbatu pada jarak tujuh kilometer dari jalan utama tersebut.

 ??  ?? MUSNAH: Keadaan rumah pekerja ladang yang hangus 100 peratus.
MUSNAH: Keadaan rumah pekerja ladang yang hangus 100 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia