Utusan Borneo (Sarawak)

Rabies: 28 kes gigitan haiwan baharu dilaporkan

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengesahka­n sebanyak 28 kes gigitan baharu dilaporkan setakat semalam, iaitu 12 kes dari bahagian Serian, enam kes (Sri Aman), lapan kes (Kuching) dan dua kes (Samarahan).

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n oleh Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sarawak semalam, daripada jumlah tersebut, 24 kes melibatkan haiwan peliharaan iaitu anjing (lapan kes) dan kuc- ing (16 kes).

“Manakala empat kes pula melibatkan haiwan terbiar atau tidak bertuan, iaitu, anjing (tiga kes) dan kucing (satu kes).

“Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan yang berlaku mulai 1 April lalu sehingga hari ini adalah berjumlah 2,852 kes,” kata kenyataan akhbar tersebut.

Sehubungan itu, secara kumulatif seramai 1,045 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies.

Sekretaria­t juga memberitah­u, tidak semua kes gigitan memer- lukan suntikan vaksin antirabies kerana setiap kes gigitan akan dinilai secara klinikal oleh pakar perubatan sebelum ditentukan sama ada vaksin diperlukan atau sebaliknya.

Hari ini, Program Pemvaksina­n Haiwan Kesayangan diteruskan di kawasan Tarat, dekat sini.

Dalam perkembang­an berkaitan, setakat semalam, sebanyak 79 ekor anjing telah diberi suntikan pelalian penyakit rabies di kawasan Padawan.

“Secara kumulatif, sebanyak 34,021 ekor haiwan kesayangan yang terdiri daripada 26,177 an- jing, 7,799 kucing dan 45 haiwan lain telah divaksin setakat ini,” kata kenyataan akhbar itu.

Malah menurut kenyataan itu lagi, JPVS turut membuat persampela­n terhadap haiwan kesayangan yang disyaki mendapat jangkitan penyakit rabies.

Setakat ini, katanya, sebanyak 219 sampel yang terdiri daripada 201 sampel anjing, 17 sampel kucing dan satu sampel kelawar dari bahagian Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Betong, Samarahan dan Serian telah dihantar untuk ujian virus Rabies di VRI, Ipoh, Perak.

Selain itu, bagi penyiasata­n keskes berkaitan wabak rabies, JPVS telah membuat sebanyak 38,408 survelan aktif dan 1,051 survelan pasif di kawasan Serian, Kuching dan Sri Aman.

Manakala bagi tangkapan anjing terbiar pula, operasi bersepadu yang dikendali Kementeria­n Kerajaan Tempatan bersama JPVS setakat ini telah menangkap 1,213 anjing termasuk di bahagian Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Samarahan dan Betong sebagai langkah mengawal populasi anjing terbiar bagi mengekang jangkitan wabak penyakit tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia