Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan kerajaan ringan beban golongan sasar

Bantuan seharusnya dimanfaat sebaiknya bagi meningkatk­an ekonomi keluarga, kata Henry

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Pelbagai bantuan dan kemudahan disedia kerajaan bagi membantu meringanka­n beban golongan nelayan miskin yang seharusnya dimanfaat sebaiknya bagi meningkatk­an ekonomi keluarga.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong berkata, bantuan kerajaan perlu disyukuri kerana ia dapat mengurangk­an bebanan golongan nelayan miskin termasuk memperoleh bot dan enjin sangkut dibekal melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

“Bantuan ini tidak boleh dijual untuk mendapatka­n keuntungan segera, sebaliknya kemudahan ini perlu dijadikan sebagai peralatan untuk turun ke laut mencari rezeki demi meningkatk­an pendapatan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penutupan Kursus Pembuatan dan Pembaikan Bot Gentian Kaca dan Penyerahan Bantuan NKRA LIH - 1AZAM di pekarangan Masjid Baru, Kampung AwatAwat di sini baru-baru ini.

Program itu anjuran LKIM Wilayah Tiga Miri dan PNK Lawas dengan kerjasama MARA Daerah Lawas.

Turut hadir Pegawai LKIM Wilayah Tiga Miri Saliah Mudin, Pegawai MARA Daerah Lawas Khuzairi Aris, wakil Pegawai Daerah Lawas Aminul Fadzrin Abdul Rahim, Pengurus Besar PNK Lawas Liana Jailun dan Pengerusi PNK Lawas Awangku Tajudin Pengiran Ibrahim.

Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas menambah, bantuan dijual akan disenarai hitam dan bantuan lain pada masa akan datang tidak diberikan lagi kepada peserta yang menjual bantuan diberi.

“LKIM atau PNK sentiasa melakukan pemantauan ke atas bantuan diberikan ini dengan mengadakan rekod hasil tangkapan bagi memudahkan nelayan penerima bantuan ini mengisi dan melapor bantuan diberi kepada mereka,” tambahnya.

Katanya melalui rekod ini mereka dapat mengetahui hasil bantuan ini agar matlamat kerajaan mengeluark­an mereka ini daripada kategori miskin tegar atau miskin dalam sistem e-Kasih dapat dilaksana.

Terdahulu Saliah berkata selain penyerahan 40 bot NKRA untuk baki 2013 dan 2014, sijil tamat kursus berkenaan turut diberi kepada peserta.

Katanya melalui kursus itu tiada lagi masalah bekalan bot sukar didapati kerana ada 20 bakal pengusaha bot bakal dilahirkan di Lawas selepas mengikuti kursus itu.

Bantuan ini tidak boleh dijual untuk mendapatka­n keuntungan segera, sebaliknya kemudahan ini perlu dijadikan sebagai peralatan untuk turun ke laut mencari rezeki demi meningkatk­an pendapatan keluarga. Datuk Henry Sum Agong Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an

 ??  ?? TIMBA ILMU: Henry (dari lima kanan), Saliah bergambar bersama tetamu dan peserta kursus.
TIMBA ILMU: Henry (dari lima kanan), Saliah bergambar bersama tetamu dan peserta kursus.
 ??  ?? MANFAAT SEBAIKNYA: Saliah (depan, sembilan kiri), Henry dan yang lainnya bergambar bersama penerima bot NKRA.
MANFAAT SEBAIKNYA: Saliah (depan, sembilan kiri), Henry dan yang lainnya bergambar bersama penerima bot NKRA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia