Utusan Borneo (Sarawak)

Daerah Lawas bakal lahir pengusaha bot gentian kaca

-

LAWAS: Daerah Lawas bakal melahirkan lebih ramai pengusaha bot gentian kaca untuk memenuhi permintaan tempatan melalui kursus pembuatan bot berkenaan di daerah ini, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaa­n (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong.

Jelasnya, ia merupakan program Strategi Lautan Biru ( NBOS) antara Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Majlis Amanah Rakyat ( MARA) dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam pembuatan bot gentian di daerah Lawas.

“Program ini sangat baik dan menjadi contoh kepada agensi lain bagi melaksanak­an program NBOS seumpama ini yang membawa kebaikan kepada masyarakat.

“Diharap melalui kursus ini, kita dapat melahirkan lebih ramai usahawan mengusaha bot gentian apatah lagi harga dan permintaan untuk sebuah bot adalah tinggi,” katanya sempena kursus itu di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai LKIM Wilayah Tiga Miri Saliah Mudin, Pegawai MARA Daerah Lawas Khuzairi Aris, wakil Pegawai Daerah Lawas Aminul Fadzrin Abdul Rahim, Pengurus Besar PNK Lawas Liana Jailun dan Pengerusi PNK Lawas Awangku Tajudin Pengiran Ibrahim.

Jelas Henry lagi masyarakat setempat perlu merebut peluang itu dengan menceburka­n diri dalam pembuatan bot gentian.

Saliah berkata kursus itu memberi peluang kepada belia nelayan khususnya, mempelajar­i teori dan kemahiran membuat bot gantian kaca sehingga siap.

“Dengan adanya kursus ini kita dapat melahirkan usahawan dalam bidang pembuatan bot di negeri Sarawak,” ujarya.

Beliau menambah, menjadi tanggungja­wab LKIM memberi ruang meningkatk­an kemahiran di kalangan kumpulan sasar iaitu nelayan dan anak-anak nelayan.

Seramai empat tenaga pengajar daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah, Melaka memberi tunjuk ajar pada program yang disertai 20 peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia