Utusan Borneo (Sarawak)

‘Festival Kuching Internatio­nal Bike Week’ kembali lagi

-

KUCHING: ‘Festival Kuching Internatio­nal Bike Week’ (KIBW) kembali dianjurkan di bandar raya ini bermula 13 hingga 15 Oktober depan di CityOne Megamall di sini.

Anjuran Kelab Iron Tiger Bikers Kuching (ITBCK), sekitar 4,000 penunggang motosikal tempatan, Sabah, Semenanjun­g Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura dijangka menghadiri festival ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan negeri dan kementeria­nnya menyokong penuh penganjura­n KIBW.

Malah beliau percaya penganjura­n KIBW pada tahun ini akan berlangsun­g dengan lebih meriah berbanding penganjura­n sebelum ini iaitu pada 2015.

“Tahun ini, makan malam gala akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta akan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Manakala untuk aktiviti tunggangan bandar ( city ride) pada 14 Oktober, kita akan cuba menarik penyertaan Ketua Menteri untuk menunggang bersama dengan kita.

“Aktiviti kemuncak lain, pertunjuka­n aksi lagak ngeri oleh pelagak terkenal dunia dari Amerika Syarikat Aaron Twite serta klinik keselamata­n motosikal untuk melatih penunggang mahir baharu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, Karim berkata kerajaan masih belum mencapai keputusan positif mengenai cadangan untuk membina litar lumba di negeri ini.

Menurut Karim, pembinaan litar lumba bukan sahaja menelan kos yang tinggi malah memerlukan kawasan yang luas serta tapak luar dari bandar.

“Selain dua masalah di atas, kita juga perlu melihat keperluan terhadap litar sebelum kita membuat keputusan untuk membina litar lumba.

“Apa yang pasti, buat masa ini kerajaan belum mencapai sebarang keputusan positif untuk membina litar ini,” katanya.

Dalam pada itu, KIBW 2017 mempelawa semua penunggang tanpa kira jenis motosikal termasuk pencinta motosikal untuk mendaftar dan menyertai sebagai VIB (Very Important Bikers).

Yuran penyertaan bagi VIB ialah RM250 seorang termasuk parking VIB percuma ( untuk motosikal sahaja), cenderamat­a dan baju eksklusif KIBW.

Pendaftar VIB juga berpeluang untuk menghadiri Malam Gala KIBW dan peluang untuk memenangi motosikal berkuasa tinggi jenama baharu Harley Davidson bagi cabutan bertuah.

Untuk maklumat lanjut mengenai festival serta pendaftara­n VIB, sila lawati www. kibw.com.my atau menerusi laman Facebook di www.facebook.com/KBW2017 atau e-mel kepada kibw2017@ gmail.com.

Turut hadir pada sidang media, Presiden ITBCK Datin Seri Elly Zalilah, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Sarawak Dr Ong Kong Swee, Pengarah Festival Silas M Martin dan Aaron.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia