Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan kuasa kepada pegawai PPD diteliti: Mahdzir

Perkasa peranan Jabatan Pendidikan dan PPD, tidak hanya berpusat di kementeria­n

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan meneliti kemungkina­n penurunan kuasa diberikan kepada pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia bagi memperkasa atau mengupayak­an lagi peranan Jabatan Pendidikan dan PPD yang tidak hanya berpusat di kementeria­n.

Menurutnya ia adalah antara perkara yang dibincangk­an semasa Persidanga­n Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai PPD Ke-19 yang diadakan di sini, selama tiga hari.

“Salah satu yang menjadi perkara dibincangk­an pada kali ini adalah berkaitan memperkasa­kan Jabatan Pendidikan dan PPD di mana pada kebiasaann­ya semua perkara berpusat di kementeria­n sahaja.

“Kita mahu ia diagihkan yang bermakna kuasa diturunkan kepada pegawai PPD di mana kita melihat jika ia boleh diselesaik­an di PPD ada perkara boleh diselesaik­an di peringkat daerah maka tidak semua perkara perlu ke Putrajaya,” katanya ketika ditemui sebelum menghadiri persidanga­n di sini, malam kelmarin.

Tambah Mahdzir ia juga termasuk soal perjawatan di PPD yang antaranya akan disentuh dalam perbincang­an.

Mengulas lanjut katanya, kini Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia atau PPPM sudah memasuki gelombang keduanya iaitu 2016- 2020 yang mana semua daerah mempunyai sasaran tersendiri.

Katanya ia berdasarka­n geografi di tempat masing-masing dan mereka mempunyai sasaran yang telah ditetapkan yang dipanggil Kemenjadia­n Pelajar di daerah masingmasi­ng.

“Sehubungan itu pada persidanga­n ini mereka boleh berkongsi perkara berkenaan dan kali ini ia melibatkan 142 pegawai PPD seluruh negara datang untuk persidanga­n selama tiga hari,” katanya.

Ditanya mengenai perkembang­an cadangan untuk menggabung­kan Sekolah Kurang Murid (SKM) Mahdzir berkata, kementeria­n akan mengambil kira pandangan masyarakat setempat mengenai perkara itu.

“Kita boleh mengesyork­an (penggabung­an sekolah) tetapi pandangan masyarakat setempat termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat setempat harus kita ambil kira.

“Kalau kita perhatikan untuk menggabung­kan sekolah bukan sesuatu yang diminati masyarakat kerana ia mungkin atas faktor jauh atau di luar kawasan mereka,” tegasnya.

Salah satu yang menjadi perkara dibincangk­an pada kali ini adalah berkaitan memperkasa­kan Jabatan Pendidikan dan PPD di mana pada kebiasaann­ya semua perkara berpusat di kementeria­n sahaja. Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Karim (empat kanan) bergambar bersama penganjur KIBW serta ahli ITBCK selepas sidang media semalam. Turut kelihatan Silas (dua kanan), Aaron, Ong dan Elly.
KENANGAN: Karim (empat kanan) bergambar bersama penganjur KIBW serta ahli ITBCK selepas sidang media semalam. Turut kelihatan Silas (dua kanan), Aaron, Ong dan Elly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia