Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n arah PBT sertakan lambang pada semua fasiliti diselengga­ra

-

SIBU: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahka­n semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya menyertaka­n bersama lambang PBT masing-masing di semua kemudahan dimiliki serta diselengga­ra PBT sep- erti jalan dan parit.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil berkata, arahan itu telah dikeluarka­n ketika mesyuarat kementeria­n pada 10 Julai lepas.

“Langkah ini bagi membolehka­n orang ramai men- ghubungi PBT berkenaan secara terus,” ujarnya ketika ditanya mengenai jumlah PBT di negeri ini yang telah melaksanak­an arahan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Marudi itu memberitah­u, lambang pada setiap nama jalan dan kemudahan milik PBT itu akan memudahkan orang ramai menyuaraka­n aduan, permasalah­an serta isu berbangkit kepada PBT yang berkenaan.

“Pada masa sama, ini akan membantu PBT menyelesai­kan masalah, aduan serta isu berbangkit lebih efektif dan cepat,” katanya.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS), Rogayah Jamain pula memberitah­u, sejumlah papan tanda nama jalan yang baharu telah disertakan dengan lambang MPS.

Katanya, langkah itu sebagai mematuhi arahan daripada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara menurut Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai, pihaknya juga akan melak- sanakan arahan itu dalam masa terdekat.

“Ini akan mengelak papan tanda ini dicuri oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab serta memudahkan orang ramai mengenal pasti sempadan antara kawasan seliaan MPS dan MDLBS,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia