Utusan Borneo (Sarawak)

40 kakitangan JBPM dibuang kerja setiap tahun

-

KOTA SAMARAHAN: Seramai 40 kakitangan pelbagai jawatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibuang kerja setiap tahun, dedah Ketua Pengarahny­a Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata terdapat dua punca utama kes buang kerja berlaku iaitu melibatkan kesalahan berkaitan dadah dan tidak hadir bertugas.

Tambahnya, bagi kes berkaitan penyalahgu­naan kuasa dan rasuah pula melibatkan satu atau dua kes dalam tempoh setahun.

“Bilangan kes dalam setahun kira- kira 40 orang pelbagai pangkat yang mana dua kesalahan utama kerap dilakukan ialah berkaitan dadah dan tidak hadir bertugas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penangguha­n Forum Pemerkasaa­n Integriti Peringkat Zon Borneo Siri Dua 2017 di Auditorium Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sarawak di sini semalam.

Pada masa sama Wan Mohd menegaskan bahawa pihaknya tidak berkomprom­i dengan mana-mana anggota yang terlibat dalam kesalahan dan tindakan disiplin diambil mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan dalam perkhidmat­an awam.

Selari dengan usaha menangani isu tersebut, Wan Mohd memberitah­u bahawa pihaknya bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurk­an Forum Pemerkasaa­n Integriti Peringkat Zon Borneo Siri Dua 2017.

“Syukur alhamdulil­lah forum yang kita anjurkan bersama ini berjaya menarik 29 agensi berkaitan penguatkua- saan dari Sarawak, Sabah dan Labuan melibatkan lebih 291 peserta.

“Ini merupakan satu sambutan yang sangat baik daripada agensi terlibat dan antara peserta ramai juga pegawai kanan, ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan dalam usaha kita membudayak­an integriti dalam setiap agensi,” tegasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Wan Mohd berkata, JBPM melihat usaha mem- perkasakan integriti sebagai satu wadah yang sangat penting ke arah memacu jabatan mencapai visi untuk menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamat berprestas­i tinggi.

“Sejak dua tahun lepas, sebanyak lapan siri forum integriti telah dilaksanak­an secara wilayah di seluruh negara dan pada tahun ini empat forum telah dirancang dan dilaksanak­an melibatkan Zon Utara dan Zon Borneo dan selepas ini Zon Tengah dan Zon Timur,” ujarnya.

Hadir sama Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penyiasata­n Kebakaran JBPM Edwin Galan Teruki, Pengarah dan Ketua Penyelaras Koordinasi dan Pemantauan Institut Intergriti Malaysia Hamilye Sham Harun, Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad dan Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sarawak Zulhairy Zaidel.

 ??  ?? KAMI BERJANJI: Peserta Forum Pemerkasaa­n Integriti Peringkat Zon Borneo Siri Dua 2017 melafazkan ikrar integriti.
KAMI BERJANJI: Peserta Forum Pemerkasaa­n Integriti Peringkat Zon Borneo Siri Dua 2017 melafazkan ikrar integriti.
 ??  ?? TINGKATKAN INTEGIRITI: Wan Mohd (tengah) ditemani tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta Forum Pemerkasaa­n Integriti Peringkat Zon Borneo Siri Dua 2017.
TINGKATKAN INTEGIRITI: Wan Mohd (tengah) ditemani tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama peserta Forum Pemerkasaa­n Integriti Peringkat Zon Borneo Siri Dua 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia