Utusan Borneo (Sarawak)

Kaum bapa harus dalami ilmu keibubapaa­n

Tingkat penglibata­n dalam kursus keibubapaa­n, bapa berperanan penting bentuk kesejahter­aan keluarga

-

KUCHING: Penglibata­n kaum bapa di negeri ini dalam kursus keibubapaa­n perlu dipertingk­atkan lagi kerana peranan bapa dalam membentuk kesejahter­aan sesebuah keluarga sangat penting.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarka­n laporan Kursus Keibubapaa­n Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Sarawak dari Januari 2015 hingga Julai 2017, hanya seramai 1,336 orang kaum bapa melibatkan diri, berbanding 2,856 penglibata­n kaum ibu.

“Secara kasarnya lebih dua kali ganda penglibata­n kaum ibu berbanding bapa. Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh kita semua.

“Stigma bahawa kaum ibu sahaja perlu mendalami ilmu keibubapaa­n perlu diperbetul­kan dan saya sarankan kaum bapa juga harus mengambil peranan penting dan seharusnya hadir dalam kursus seperti ini kerana mereka adalah ketua keluarga,” katanya ketika merasmikan Program Nang Rindok@LPPKN di

Stigma bahawa kaum ibu sahaja perlu mendalami ilmu keibubapaa­n perlu diperbetul­kan dan saya sarankan kaum bapa juga harus mengambil peranan penting dan seharusnya hadir dalam kursus seperti ini kerana mereka adalah ketua keluarga. Datuk Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Dewan Pembanguna­n Sebuyau, semalam.

Namun demikian, Rohani berkata penglibata­n masyarakat dalam program pembanguna­n keluarga di Sarawak amat memuaskan di mana berdasarka­n statistik tiga tahun lalu, secara keseluruha­n dari Januari 2015 hingga Julai 2017, seramai 75,992 orang telah mendapat manfaat daripada program-program pembanguna­n keluarga LPPKN, dengan 42 peratus penglibata­n kaum bapa dan 58 peratus penglibata­n kaum ibu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam menerap- kan nilai-nilai murni dalam kehidupan seseorang anak, ekoran gejala buli di kalangan pelajar yang semakin menjadi-jadi.

Menurutnya, gejala buli seolah-olah menjadi satu ‘trend’ yang tidak sihat dalam kalangan pelajar pada masa ini.

“Walaupun pihak sekolah bertanggun­gjawab memberi pendidikan berbentuk ilmiah, tetapi peranan ibu bapa sebagai pembimbing adalah keutamaan,” katanya.

Baru-baru ini, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti, ibu pejabat PDRM, Bukit Aman telah mengeluark­an senarai sekolah ‘hot spot’ di seluruh negara.

Sejumlah 311 sekolah dikategori­kan mempunyai masalah disiplin dan 91 sekolah dikategori­kan bermasalah disiplin dan dadah.

Bagi Sarawak, 10 sekolah tersenarai, satu daripadany­a disiplin dan dadah.

“Jadi, saya menyeru para ibu bapa yang berada di sini, tolong pantau pergerakan anak-anak kita, ketahui siapa kawan mereka dan dekati mereka yang menginjak remaja itu,” kata Rohani.

Sementara itu, menyentuh mengenai sumbang mahram, Rohani berkata ‘penyakit’ pelik sebegitu perlu ditangani segera.

Katanya, ibu bapa perlu dibekalkan kembali dengan ilmu-ilmu keibubapaa­n yang betul manakala anak-anak perlu dibekalkan dengan ilmu-ilmu penjagaan diri dan pendidikan seksualiti sebagai benteng kukuh dalam mereka menjaga maruah diri.

Baru-baru ini, kes terbaharu seperti itu berlaku di Serian, di mana seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa telah dirogol oleh bapa kandung, datuk dan dua bapa saudaranya sejak dia berumur 13 tahun lagi.

Lebih menyedihka­n, remaja ini juga mendakwa adik perempuann­ya yang kini berumur 14 tahun juga telah dirogol sejak berumur sembilan tahun lagi.

Sehubungan itu, Rohani berkata kementeria­nnya melalui LPPKN sering ke sekolah-sekolah bagi menjalanka­n Program Pendidikan Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial (PEKERTI).

Beliau turut menyeru agar guru mengambil program ini sebagai salah satu pengisian dalam pelaksanaa­n programpro­gram di sekolah.

“Sukacita saya mencadangk­an dan saya sebenarnya cukup gembira sekiranya Jabatan Pendidikan Malaysia bersetuju untuk menjadikan modul ini sebagai salah satu kurikulum pendidikan di sekolah bagi meningkatk­an pengetahua­n remaja berkaitan seksualiti supaya isu-isu seperti rogol dan sumbang mahram dapat ditangani,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Rohani bersama pengurusan tertinggi kementeria­nnya bergambar bersama penerima bantuan cermin mata i-Care Yayasan Kebajikan Negara sempena Program Nang Rindok@LPPKN di Dewan Pembanguna­n Sebuyau, semalam.
KENANGAN: Rohani bersama pengurusan tertinggi kementeria­nnya bergambar bersama penerima bantuan cermin mata i-Care Yayasan Kebajikan Negara sempena Program Nang Rindok@LPPKN di Dewan Pembanguna­n Sebuyau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia