Utusan Borneo (Sarawak)

Pemenang CMIEA Sarawak 2017 akan diumumkan pada Malam Gala

-

KUCHING: Pemenang Anugerah Kecemerlan­gan Industri Ketua Menteri (CMIEA) Sarawak 2017 akan diumumkan pada Malam Gala merangkap Majlis Makan Malam Ulang Tahun Pertama Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) pada 8 September depan.

Presiden SBF Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg berkata majlis yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Kemuncak Malam Gala ini nanti ialah penyampaia­n anugerah CMIEA kepada pemenang yang merupakan syarikat dari Sarawak dalam tiga kategori iaitu berskala besar, sederhana dan kecil.

“Sebanyak 20 penyertaan untuk ketiga-tiga kategori ini. Semuanya adalah pemenang iaitu anugerah gangsa, perak dan emas, daripada pemenang ini dipilih pemenang anugerah keseluruha­n, yang akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di BCCK dekat sini semalam. Hadir sama Timbalan Presiden SBF Datuk Philip D I Ting, Setiausaha Agung SBF Jonathan Chai Voon Tok, Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid dan ahli jawatankua­sa SBF yang lain.

Abang Abdul Karim yang juga ahli Lembaga Pengarah MPC dan presiden Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sarawak ( SCCI) berkata CMIEA diperkenal­kan buat julung kali untuk menyokong agenda kerajaan memperkuku­hkan produktivi­ti negara.

Ia dikendalik­an oleh SBF dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan MPC bertujuan mengiktira­f sumbangan komuniti perniagaan Sarawak kepada pembanguna­n ekonomi negeri ini.

“CMIEA mendapat sambutan amat menggalakk­an. Pada mulanya kita hanya menyasar 10 penyertaan.

“SBF dan MPC berharap dapat menggalakk­an perniagaan serta industri di negeri ini untuk melangkah maju dengan mengguna pakai amalan perniagaan terbaik dan menjadi contoh, aspirasi kepada yang lain,” katanya.

Mengenai Malam Gala itu, beliau berkata tiket majlis makan malam masih dijual dan mereka yang berminat boleh menghubung­i Sekretaria­t SBF di talian 082-237148 untuk sebarang pertanyaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia