Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa, warga pendidik diingatkan bentuk modal insan secara holistik

-

SEBUYAU: Ibu bapa dan warga pendidik diingatkan agar membentuk modal insan secara holistik bagi melahirkan generasi baharu yang sempurna dan menjadi asas kepada peneraju pembanguna­n negara.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an (Jalan Pesisir) Datuk Julaihi Narawi pada Majlis Penyerahan Baucar Pakaian Seragam Sekolah anjuran Yayasan Sarawak di SK Haji Bujang, Sebangan baru-baru ini.

“Ibu bapa harus memberi lebih perhatian dan kerjasama yang baik kepada guru dan pihak sekolah agar modal insan yang sempurna dapat dilahirkan demi masa depan dan kesejahter­aan keluarga dan negara,” katanya.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata pelbagai inisiatif diperkenal­kan kerajaan demi melonjakka­n lagi pembanguna­n modal insan negara khasnya di Sarawak.

“Saya berterima kasih kepada Yayasan Sarawak kerana memilih sekolah- sekolah di daerah Sebuyau sebagai penerima bantuan ini pada tahun ini,” tambahnya.

Katanya, kerajaan melalui Yayasan Sarawak akan terus menyalurka­n bantuan diperlukan rakyat demi kesejahter­aan mereka.

Menurutnya, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi yang diwujudkan untuk negeri Sarawak adalah bermatlama­t memastikan peningkata­n bidang pendidikan di Sarawak.

Beliau menjelaska­n bahawa usaha kementeria­n itu selari dengan usaha kerajaan melahirkan modal insan memenuhi keperluan negara.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an ibu bapa supaya sentiasa memberi sokongan moral dan peluang kepada anak mereka untuk melanjutka­n pelajaran hingga ke menara gading termasuk dalam bidang kemahiran tinggi.

“Bantulah anak-anak kita ke mana sahaja yang mereka layak supaya mereka dapat bersaing demi kecemerlan­gan dan masa depan mereka.

“Bantuan seperti yang disumbangk­an oleh Yayasan Sarawak memberi impak dan makna yang besar dan harus dimanfaatk­an sepenuhnya,” ujarnya.

Turut hadir wakil Pengarah Yayasan Sarawak Zamhari Saidi, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad, wakil Residen Samarahan serta pemimpin masyarakat daerah Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia