Utusan Borneo (Sarawak)

Polis pertimbang cadangan kempen kesedaran penipuan panggilan telefon

-

MIRI: Polis Sarawak mempertimb­angkan cadangan menganjurk­an kempen kesedaran mengenai jenayah penipuan terutama melibatkan panggilan palsu bertujuan menipu orang ramai.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berjanji menganjurk­an kempen kesedaran berkaitan perkara itu termasuk dalam jenayah komersil pada bulan depan di Miri.

Beliau memberitah­u demikian semasa pertemuan dengan ahli Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Bahagian Miri, di sini malam kelmarin (Selasa).

Amer yang mengambil alih jawatan pesuruhjay­a polis negeri daripada Datuk Mazlan Mansor pada 17 Julai lalu, berkata beliau telah menerima cadangan mengenai kempen berkenaan daripada Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Bahagian Miri, yang antara lain menyeru polis menganjurk­an kempen kesedaran mengenai panggilan palsu dan penipuan.

“Saya menerima cadangan meminta polis mendidik orang ramai khususnya wanita dalam mengenal pasti panggilan telefon penipuan.

“Terdapat beberapa penyelesai­an yang dicadangka­n oleh persekutua­n kepada badan berkaitan terutama Jabatan Jenayah Komersial dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa kedua-dua agensi ini bekerjasam­a dalam memerangi jenayah komersial,” katanya.

Amer berikrar kepada beberapa ahli persekutua­n yang hadir pada mesyuarat itu bahawa beliau akan kembali bulan depan dan mengadakan sesi dialog membincang­kan lebih lanjut cadangan itu.

Beliau berkata dialog itu adalah penting supaya pihak-pihak yang terlibat akan mempunyai gambaran yang jelas tentang cara memerangi jenayah komersial dengan berkesan.

Selain daripada cadangan mengenai pembantera­san penipuan, Amer berkata persekutua­n itu juga mencadangk­an penalti berat kepada perogol atau pesalah seks di negeri ini.

“Kes ini adalah tanggungja­wab atau di bawah bidang kuasa Pejabat Peguam Negara.

“Setelah kami menyerahka­n kertas siasatan kami, majistret mendengar kes dan membuat keputusan mengenai hukuman yang sewajarnya. Mahkamah akan memutuskan,”katanya.

Turut hadir Presiden Hii Teck Yun, Timbalan Presiden Datuk David Goh serta Pengerusi Persatuan Foochow Miri Datuk James Ling Suk Kiong, Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah dan Timbalanny­a Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit.

Sementara itu, Hii dalam taklimatny­a memberitah­u, persekutua­n itu di peringkat negeri mempunyai atau menaungi 460 persatuan berasaskan kaum Cina dengan jumlah keahlian bagi persatuan Cina yang terbesar di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia