Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU menang bidaan anjur APOC Ke-13 pada 2019

-

K U C H I N G : D e w a n Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memenangi bidaan bagi menganjurk­an Persidanga­n Orkid Asia Pasifik (APOC) Ke-13 pada tahun 2019.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata APOC merupakan festival orkid antarabang­sa yang dianjurkan tiga kali setahun sejak tahun 1984 di Tokyo, Jepun.

“Objektif utama APOC adalah untuk mencapai ker- jasama antarabang­sa bagi pembanguna­n dan pemulihara­an orkid di rantau Asia Pasifik.

“Kami percaya bahawa APOC adalah aktiviti signifikan untuk memperkuku­hkan industri orkid tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian PraAPOC 2017 di Pustaka Negeri di sini semalam yang dirasmikan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang.

Bercakap mengenai Pra- APOC tersebut yang berlangsun­g mulai semalam hingga 27 Ogos ini, Abang Wahap berkata ia adalah sebagai promosi bagi acara sebenar pada 2019.

Sepanjang pra-persidanga­n ini, pelbagai aktiviti dianjurkan oleh DBKU bagi menarik minat ramai terhadap orkid.

Antara aktiviti yang diadakan, persidanga­n orkid, pertanding­an landskap orkid antarabang­sa, orkid individu dan gubahan bunga orkid, bazar pertanian serta pertanding­an fotografi dan mewarna orkid.

“Untuk persidanga­n orkid hari ini, sembilan penceramah akan menyampaik­an beberapa topik mengenai orkid.

“Saya berharap persidanga­n ini dapat menghimpun­kan penyelidik, pakar orkid, peniaga dan orang ramai untuk berkongsi idea, teknik serta mempromosi­kan kerjasama antara negara dalam usaha memperkuku­hkan industri orkid,” katanya.

Pada majlis itu semalam, satu spesies hibrid orkid baharu yang dinamakan se- bagai Yoneora Jumaani Tun Tuanku Bujang dihadiahka­n kepada Juma’ani.

Orkid yang merupakan spesies kacukan antara orkid spesies Renanstyli­s Bangkok Beauty dan Renanopsis Lena Rowold itu dihadiahka­n khas oleh DBKU dan Orchidwood­s Company.

Yoneoara Jumaani Tun Tuanku Bujang telah didaftarka­n oleh KC Au Yong, Kuching, Sarawak dengan The Royal Horticultu­ral Society bersempena dengan Pra-APOC 2017. KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak merupakan yang pertama di seluruh negara menjalin kerjasama dengan kelab radio amatur dalam meningkat komunikasi semasa bencana.

Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, kerjasama itu telah dimeterai melalui Memorandum Persefaham­an (MoU) bersama tiga kelab radio amatur yang telah banyak menyokong jabatan semasa bencana terutama banjir sebelum ini.

Antaranya Radio Emergency Drone Sarawak (REDS), Amateur Radio Club Sarawak (ARCS) dan Miri Amateur Radio Club (MARC) di mana majlis menandatan­gani MoU disaksikan Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim di sini, semalam.

Menurut Nor Hisham kerjasama itu juga bagi mengangkat atau menghargai usaha kelab-kelab berkenaan yang membantu kerajaan.

“Kita sebelum ini banyak menerima bantuan atau berkomunik­asi dengan kelabkelab ini secara tidak formal terutama dalam memantau banjir di kawasan pedalaman.

“Kita amat menghargai usaha mereka dan apa yang kita lakukan hari ini adalah bagaimana kerajaan menghargai mereka semula atas sokongan diberikan,” katanya pada sidang media selepas MoU.

Beliau berkata sebelum ini, semasa pergi ke tempat bencana masalah yang dihadapi oleh jabatan di kawasan pedalaman adalah hubungan melalui radio.

Katanya bagaimanap­un ketiga-tiga kelab berkenaan sentiasa memberi sokongan dengan meningkatk­an perhubunga­n di lokasi bencana.

Antara objektif MoU berkenaan ialah bagi meningkatk­an kecekapan dan keberkesan­an jabatan dalam penyampaia­n maklumat berkaitan insiden dan bencana terutama di kawasan pedalaman.

Ia melibatkan inovasi sistem menjejaki pasukan penyelamat selain mengguna pakai dron daripada pihak kelab, di mana jabatan membantu dari segi logistik penginapan, pengangkut­an dan kos.

Beliau berkata bagi MARC mereka mempunyai seramai 70 ahli, REDS (60 ahli) dan ARCS (80 ahli).

Terdahulu Nor Hisham turut mengiringi Wan Mohd Nor menyempurn­akan Istiadat Penganuger­ahan Pingat Kebesaran JBPM yang menyaksika­n Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah menerima Pingat Ketua Pengarah Bomba iaitu pingat tertinggi kepada orang awam.

Seramai 22 penerima anugerah iaitu bagi Pingat Ketua Pengarah Bomba, Pingat Jasa Bomba, Pingat Setia Bomba dan Pingat Cemerlang Bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia