Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa aktiviti diadakan sempena penganjura­n WAK 2017

-

KUCHING: Bermula 29 September depan beberapa aktiviti akan diadakan sempena penganjura­n ‘ What About Kuching’ ( WAK) 2017.

Pengarah Bersama WAK 2017 Donald Tan berkata Festival Jazz Tebingan Kuching merupakan acara pembuka tirai berlangsun­g pada 29 dan 30 September di Tebingan Kuching, Hotel Grand Margherita.

Ia diikuti program dikenali ‘The sold-out Asia-Link Sketchwalk: Kuching 2017’ pada 5 hingga 8 Oktober dan dijangka disertai kira- kia 250 delegasi dari Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand, Australia, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Vietnam dan India.

Pada 13 hingga 15 Oktober pula, Persidanga­n Antarabang­sa Manik Borneo (BIBC) 2017 akan berlangsun­g di Old Courthouse.

“WAK 2017 yang bermula dari 30 September hingga 29 Oktober menjanjika­n program-program yang padat dengan aksi dengan tujuan meraikan seni, budaya dan gaya hidup,” katanya.

Tan turut memberitah­u, satu program pengembara­an iaitu ‘ Sarawak Adventure Challenge – The Lost Mines’ akan diadakan melibatkan laluan sejauh 55km menerusi acara ‘Mountain Bike, larian dan pengembara­an merentasi hutan hujan, sungai dan gua di sekitar Bau.

“Sepanjang Oktober juga, The Museum Café And Shop menganjurk­an program dikenali ‘Sharing My Passion-About Kuching Series’ pada setiap Rabu menghimpun­kan artis, pengembara dan golongan yang mahu berkongsi minat mereka dengan umum,” katanya.

Dalam pada itu Tan memberitah­u pertubuhan bukan kerajaan ( NGO), syarikat dan individu mahu samasama menjayakan WAK 2017 boleh menghantar kertas cadangan ke info@ aboutkuchi­ng.com.

Maklumat terperinci juga boleh didapati di Facebook dan Instagram, atau menerusi hashtag #WAK2017 dan #aboutkuchi­ng. Orang ramai juga boleh melayari lawan web http:// www. fb.com/aboutkuchi­ng.

 ??  ?? DONALD
DONALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia