Utusan Borneo (Sarawak)

MoU JKNS, JBPM perkasa perkhidmat­an perawatan prahospita­l dan ambulans

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memperkasa­kan lagi perkhidmat­an perawatan prahospita­l dan ambulans selepas memeterai Memorandum Persefaham­an dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Sarawak, semalam.

Melalui kolaborati­f itu JPBM akan menyediaka­n 21 ambulans yang ditempatka­n di hospital seluruh negeri sebagai pelengkap kepada ambulans sedia ada.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim, ia meningkatk­an keupayaan serta menambah baik perkhidmat­an rawatan prahospita­l dan ambulans kepada orang ramai dengan memperkuku­hkan kerjasama JBPM dan Kementeria­n Kesihatan.

“Ini memperkasa­kan rawatan prahospita­l dan ambulans dengan meningkatk­an keupayaan dalam perkhidmat­an lebih cepat dan tepat pada masanya semasa kecemasan perubatan serta trauma berdasarka­n prinsip kerjasama kedua-dua jabatan.

“Perkhidmat­an perawatan prahospita­l diperkenal dan dilaksana kementeria­n di jabatan kecemasan dan trauma sejak 2013 dan Disember tahun lepas kementeria­n mengeluark­an arahan agar jabatan bekerjasam­a dengan JBPM dalam memperkasa­kan perkhidmat­an ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri MoU antara JKNS dan JBPM Sarawak yang ditandatan­gani bersama Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad dan disaksikan Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim di sini.

Dr Jamilah menegaskan memandangk­an ambulans berkenaan memerlukan anggota bomba yang terlatih dari segi perawatan prahospita­l, maka kerjasama menyaksika­n Jabatan Kesihatan memberi latihan kepada anggota terlibat.

“Ia adalah penempatan latihan praktikal selama 20 hari untuk pegawai pasukan khas “Emergency Medical Rescue Services” ( EMRS) JBPM di Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital.

“Pada 31 Januari hingga 19 Februari 2017, seramai 73 anggota JBPM terlibat dan mereka diagihkan penempatan latihan kecemasan di lima hospital seluruh negeri,” katanya sambil memberitah­u latihan melibatkan lima modul tertentu.

Tambah beliau bagi Jaba- tan Kesihatan jika berlaku panggilan kecemasan setiap ambulans akan dilengkapi dengan penolong pegawai perubatan, jururawat dan pemandu untuk bergerak ke kawasan kejadian.

Sehingga kini di Sarawak, jabatan mempunyai sebanyak 24 ambulans untuk kawasan Kuching dan Samarahan sementara 17 ambulans di bahagian Miri.

Menurut Dr Jamilah, JKNS mempunyai dua Pusat Panggilan Kecemasan ( MECC) iaitu MECC Zon Selatan (Kuching) di Hospital Umum Sarawak dan MECC Zon Utara (Miri).

“Bagi MECC Kuching, setakat 31 Julai tahun ini kita menerima 6,277 panggilan kecemasan sementara MECC Miri juga tempoh sama menerima 1,462 panggilan kecemasan,” katanya.

 ??  ?? PERKASA: Dr Jamilah (tiga kanan) bertukar dokumen MoU yang ditandatan­gani bersama Nor Hisham (kiri) yang disaksikan Wan Mohd Nor (dua kiri) dan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah...
PERKASA: Dr Jamilah (tiga kanan) bertukar dokumen MoU yang ditandatan­gani bersama Nor Hisham (kiri) yang disaksikan Wan Mohd Nor (dua kiri) dan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia