Utusan Borneo (Sarawak)

Trump jemput Najib ke White House

Malaysia dan AS meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berjumpa Presiden Donald J. Trump pada 12 Sept di White House, menurut kenyataan yang dikeluarka­n Kementeria­n Luar dan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Kenyataan Kementeria­n Luar berkata Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Washington, D.C. atas jemputan Trump.

Malaysia dan Amerika Syarikat mengalu-alukan untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala mereka dan hubungan itu telah dipertingk­at di bawah kepimpinan Najib dengan menjadikan­nya perkongsia­n yang lebih komprehens­if berdasarka­n kepentinga­n bersama.

“Kedua-dua pemimpin dijangka membincang­kan perkara berkaitan kerjasama dan kepentinga­n bersama meliputi keselamata­n negara, perang global terhadap keganasan dan ekstremism­e, serta perdaganga­n dan pelaburan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat,” katanya.

Menurut Kedutaan Amerika, Trump mengalu-alukan untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala AmerikaMal­aysia dan berharap dapat berbincang cara ‘memperkuku­h dan memperluas hubungan dua hala kita dan mengembang­kan kerjasama serantau dengan negara antara rakan paling rapat Amerika di Asia Tenggara’. — Bernama

Kedua-dua pemimpin dijangka membincang­kan perkara berkaitan kerjasama dan kepentinga­n bersama meliputi keselamata­n negara, perang global terhadap keganasan dan ekstremism­e, serta perdaganga­n dan pelaburan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat. Kementeria­n Luar

 ??  ?? TERPESONA: Juma’ani tertarik dengan salah satu spesies orkid yang dipamerkan pada Pra-APOC 2017 di Pustaka Negeri di Kuching semalam. Turut kelihatan Abang Wahap (belakang kanan).
TERPESONA: Juma’ani tertarik dengan salah satu spesies orkid yang dipamerkan pada Pra-APOC 2017 di Pustaka Negeri di Kuching semalam. Turut kelihatan Abang Wahap (belakang kanan).
 ??  ?? SPESIES BAHARU: Abang Wahap (tengah) menghadiah­kan orkid spesies baharu Yoneoara Jumaani Tun Tuanku Bujang kepada Juma’ani (kanan) disaksikan Presiden Pemegang Amanah APOC, Dennis Kao (kiri).
SPESIES BAHARU: Abang Wahap (tengah) menghadiah­kan orkid spesies baharu Yoneoara Jumaani Tun Tuanku Bujang kepada Juma’ani (kanan) disaksikan Presiden Pemegang Amanah APOC, Dennis Kao (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia