Utusan Borneo (Sarawak)

Rooney bersara dari England

Hargai panggilan Southgate kembali sertai skuad negara

-

LONDON, England: Penjaring gol terbanyak England, Wayne Rooney, mengumumka­n persaraan beliau dari bola sepak antarabang­sa berkuat kuasa serta-merta selepas jurulatih kebangsaan, Gareth Southgate cuba untuk memanggiln­ya semula ke dalam skuad Rabu lepas.

Penyerang berusia 31 tahun – penjaring 53 gol dari 119 penampilan bersama England – memberitah­u Southgate tentang keputusan beliau semasa satu perbualan telefon Rabu lepas.

S o u t h g a t e menghubung­i Rooney – yang kehilangan jawatan kapten di England dan juga di bekas kelabnya

Napoli harus terus bermain dalam Liga Juara-Juara setiap musim kerana di sana adalah tempat selayaknya bagi kami dan kami berasa gembira dengan kelayakan ini. Wayne Rooney Penjaring gol terbanyak England

Manchester United musim lepas sebelum berpindah ke Everton – untuk mengucapka­n tahniah di atas prestasi memberangs­angkan di awal musim bersama Everton. R o o n e y kelihatan kembali b e r s e m a n g a t dan gembira – menjaringk­an gol dalam dua perlawanan Liga Perdana untuk Everton – kelab pertama beliau sebelum berpindah ke United.

“Ia menarik di mana Gareth Southgate menghubung­i saya minggu ini untuk memberitah­u di mana beliau mahu saya kembali ke dalam skuad England untuk beberapa perlawanan akan datang. Saya benarbenar menghargai­nya,” kata Rooney dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Press Associatio­n Sport.

“Selepas berfikir panjang, saya memberitah­u Gareth di mana saya sekarang membuat keputusan untuk bersara dari bola sepak antarabang­sa.

“Ia benar-benar keputusan yang sukar dan sudah dibincangk­an dengan keluarga saya, pengurus di Everton (Ronald Koeman) dan mereka yang rapat dengan saya.

“Bermain untuk England sentiasa istimewa untuk saya. Setiap kali saya dipilih sebagai pemain atau kapten, ia satu penghormat­an bagi saya dan saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang membantu.

“Tetapi saya percaya sekarang adalah masa untuk mengakhiri­nya.”

Rooney, pemain bukan penjagagol­palingkera­pbermain untuk England, berkata sasaran utama beliau ketika ini ialah untuk memastikan Everton memenangi kejuaraan.

Beliau bercakap tentang keutamaan beliau semasa temu bual penyiaran Sky SPorts selepas perlawanan Isnin lepas di mana beliau menyamai rekod Alan Shearer dengan menjaringk­an 200 gol dalam Liga Perdana dan gol itu lebih manis kerana ke atas Manchester City, lawan bekas kelabnya, Manchester United.

“Meninggalk­an Manchester United adalah sukar tetapi saya tahu membuat keputusan tepat untuk kembali semula ke Everton,” kata Rooney.

“Sekarang saya mahu memberikan seluruh tenaga dan fokus saya membantu mereka untuk berjaya.”

Seorang lagi bekas bintang England, Gary Lineker, berkata awal Rabu lepas di mana Rooney tidak bernasib baik kerana merupakan satu-satu pemain berkelas dunia dalam skuad England yang bergelut memberi impak dalam Piala Dunia atau Euro.

“Salah satu dari beberapa kekesalan saya ialah tidak menjadi sebahagian pasukan England yang berjaya pada temasya besar,” kata Rooney, yang pernah menjaringk­an empat gol pada Euro 2004 untuk membantu England melangkah ke suku akhir sebelum tewas kepada Portugal menerusi penentuan sepakan penalti.

Rooney mengatasi rekod Sir Bobby Charlton sebagai penjaring terbanyak England ketika menentang Switzerlan­d pada September 2015.

T e t a p i w a l a u p u n menghampir­i rekod Peter Shilton ( penjaga gol) yang bermain 125 kali untuk England, Rooney memilih untuk tidak meneruskan kerjayanya.

Menjadi kapten ketika England menewaskan Scotland 3-0 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 pada bulan November tahun lepas adalah penampilan terakhir beliau untuk England. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia