Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan musim sejuk: KL2017 lakar sejarah

Tarik orang ramai ke gelanggang ais saksi acara yang julung kali diadakan dalam Sukan SEA

-

PETALING JAYA: Penganjura­n acara sukan musim sejuk yang julung kali diadakan dalam sejarah Sukan SEA berjaya menarik orang ramai untuk ke gelanggang ais di Empire City, Damansara Perdana di sini bagi menyaksika­n sendiri kehebatan sukan itu.

Pada Sukan SEA ke-29 kali ini, tiga acara sukan musim sejuk dipertandi­ngkan melibatkan sembilan pingat emas dengan enam emas acara luncur ais ‘short track speed skating’, dua emas acara luncur ais ‘figure skating’ dan satu emas dalam acara hoki ais, yang kesemuanya diadakan di venue yang kini dikenali sebagai Stadium Luncur Ais Kebangsaan (MyNISS).

Acara hoki ais telah bermula 20 Ogos lalu dengan saingan akhir malam ini manakala acara luncur ais ‘short track speed skating’ akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos dan acara luncur ais ‘figure skating’ pada 26 dan 27 Ogos.

Pegawai bank, Siti Aminah Abd Rahman, 29, berkata beliau begitu teruja untuk menyaksika­n sukan hoki ais yang selama ini hanya dilihat

Selepas habis kerja, kami terus bergerak ke sini dari Shah Alam dan tidak sangka kehadiran penonton terlalu ramai sehingga tiada tempat duduk yang kosong malah terpaksa berdiri sepanjang perlawanan berlangsun­g. Apa pun ia bukanlah satu masalah untuk saya menikmati perlawanan hoki ais yang pertama kali ditonton secara langsung ini. Siti Aminah Abd Rahman Penonton

dimainkan oleh atlet luar negara di kaca televisyen.

Susulan itu, katanya beliau bersama seorang rakan tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksika­n sendiri perlawanan hoki ais melibatkan skuad negara.

“Selepas habis kerja, kami terus bergerak ke sini dari Shah Alam dan tidak sangka kehadiran penonton terlalu ramai sehingga tiada tempat duduk yang kosong malah terpaksa berdiri sepanjang perlawanan berlangsun­g. Apa pun ia bukanlah satu masalah untuk saya menikmati perlawanan hoki ais yang pertama kali ditonton secara langsung ini,” katanya kepada Bernama.

Bagi pekerja swasta, Mu- hammad Haikal Abdul, 26, beliau hadir ke Empire City dengan n satu tujuan, iaitu menyokong perjuangan­ngan atlet negaraa memburu keduduedud­ukan terbaik baik d a l a m acara sukan musim m sejuk.

Beliauau y a n g datang g d a r i S e r - emban, Ne g - eri Sembilan berkata minat untuk datang sendiri ke venue pertanding­an dan menyokong pasukan negara muncul selepas me- nonton berita kejayaan pasukan hoki ais Malaysia menumpaska­n IndonesiaI­ndon 10-3 mk menerusi kaca telev evisyen. ““Dari situ sa saya lihat permainan atlet kita c u k u p b e r t e - n a g a , d e n g a n me mengerah seluru seluruh kudrat mereka da dalam permainan yang saya lihat memerlukan ketahanan mental dan juga kekuatan fizikal bagi mengekang pergerakan lawan,” katanya.

Bagi Liew Chie Cheng, 40, pula, beliau hadir ke Empire City bagi menyaksika­n sendiri kecanggiha­n gelanggang ais yang disifatkan sebagai terbaik di Asia Tenggara.

“Pada mulanya saya hairan kenapa acara ini tidak diadakan sahaja di beberapa lokasi di negara ini yang sudah dilengkapi kemudahan berkenaan, namun selepas melihat sendiri venue ini, saya kagum dan teruja. Ia jelas berbeza dengan gelanggang lain yang sering anak- anak saya ajak untuk bermain luncur ais, malah ruang penontonny­a cukup luas dengan ‘ score board’ yang cukup besar seperti pernah saya lihat di gelanggang acara NHL ( National Hockey League) di Eropah,” katanya.

Meskipun pertanding­an diadakan pada hari bekerja, keghairaha­n orang ramai terserlah apabila memenuhi venue itu untuk menyaksika­n perlawanan hoki ais.

R.Arese Nesi, 16, berkata beliau bergegas ke venue selepas habis sekolah bagi menyaksika­n hoki ais yang diadakan julung kali dalam sejarah Sukan SEA.

“Saya bukan peminat sukan ini tetapi saya telah lama menunggu untuk menyaksika­n secara langsung untuk memberi sokongan kepada pemain negara,” kata pelajar itu.

Bagi Muhammad Razlan Mohd Radzi, 28, hoki ais merupakan sukan yang diminati dan telah menunggu sejak beberapa bulan lepas setelah mengetahui sukan tersebut akan dipertandi­ngkan dalam temasya sukan dwitahunan kali ini . “Saya redah kesesakan lalu lintas supaya dapat melihat sendiri sukan ini. Venue dan sukan ini sangat menarik,” kata pegawai bank itu. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia