Utusan Borneo (Sarawak)

Saya berpuas hati nombor dua walaupun sedih, jelas Shahrul

-

NILAI: Meskipun gagal mempertaha­nkan pingat emas dimenangi pada Sukan Sea 2015 di Singapura, Mohd Shahrul Mat Amin, 28, menyifatka­n skuad berbasikal negara seperti ‘ menang dalam kalah’ apabila masih mampu menghadiah­kan pingat perak buat Malaysia.

Biarpun kekalahan itu perit untuk ditelan apatah lagi di laman sendiri, pemenang pingat perak acara berbasikal Lepas Beramai- Ramai Individu Lelaki itu berkata kesemua enam pelumba termasuk dirinya telah mempamerka­n prestasi yang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertaha­nkan pingat emas.

“Tetapi ini yang kami dapat” saya berpuas hati dan Alhamdulil­lah walaupun tak dapat pingat emas, kami dapat nombor dua untuk saya, pasukan dan negara.

“Rasa kecewa itu ada ( gagal pertahanka­n emas) sebab Thailand pun nampaknya betulbetul nak emas. Kami pun dah buat persediaan nak dapatkan emas tapi mungkin tak ada rezeki untuk kita hari ini,” katanya kepada pemberita selepas acara kalungan pingat di Dataran Nilai di sini, semalam.

Untuk rekod, Malaysia meraih emas acara Lepas Beramai- Ramai Individu Lelaki pada edisi ke- 28 di Singapura menerusi Mohd Harrif Saleh dan gangsa oleh Anuar Manan.

Sementara itu, bekas penyandang pingat emas acara itu Mohd Harrif berkata laluan acara hari ini disifatkan agak sukar kepada pasukan negara ekoran cabaran angin yang kuat dan sedikit berbukit.

“Jadi kemungkina­n ini kelebihan kepada pasukan luar kerana mereka ramai pelumba pecut, dia ramai pelumba domestik jadi domestik itulah yang memusnahka­n kami punya cara nak kawal perlumbaan.

“Tapi Alhamdulil­lah Shahrul pun dapat perak, saya pun rasa puas hati tapi kalau tengok perlumbaan hari ini, pasukan lain memang betul- betul nak ‘ attack’ Malaysia kerana mereka tahu kelebihan Malaysia,” katanya.

Acara Lepas BeramaiRam­ai Individu Lelaki merupakan acara lebuh raya terakhir sebelum acara BMX mengambil tempat pada Sabtu dan Velodrom pada Ahad.

Dalam acara lebuh raya yang bermula sejak Isnin lepas, Malaysia berjaya meraih dua emas Kriterium Lelaki dan Ujian Masa Berpasukan Lelaki- serta tiga perak dalam acara Kriterium Wanita, Lepas Beramai- Ramai Wanita dan Lelaki dan satu gangsa dalam acara Kriterium Lelaki oleh Mohd Zamri Saleh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? SENGIT: Khe Wei (kanan) dan Vivian Hoo (kiri) ketika berentap dengan lawan dari Thailand, Puttita Supajiraku­l dan Sapsiree Taerattana­chai pada perlawanan akhir Badminton Wanita Berpasukan Sukan SEA KL2017 di Arena Axiata, Kuala Lumpur semalam. BANGGA:...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama SENGIT: Khe Wei (kanan) dan Vivian Hoo (kiri) ketika berentap dengan lawan dari Thailand, Puttita Supajiraku­l dan Sapsiree Taerattana­chai pada perlawanan akhir Badminton Wanita Berpasukan Sukan SEA KL2017 di Arena Axiata, Kuala Lumpur semalam. BANGGA:...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia