Utusan Borneo (Sarawak)

Fizikal saya masih mampu untuk beraksi: Mun Yee

-

KUALA LUMPUR: Penerjun senior negara, Leong Mun Yee belum terlintas untuk bersara daripada sukan terjun walaupun sudah menjangkau usia 32 tahun.

Malah atlet kelahiran Ipoh, Perak itu berkata keadaan fizikalnya masih mampu untuk beraksi di pentas kejohanan dan setakat ini tidak mengalami apa- apa kesukaran.

“Saya sendiri tidak pasti sama ada ini adalah Sukan SEA terakhir saya atau tidak. Kalau rasa prestasi bagus lagi, hendak teruskan lagi.

“Saya rasa prestasi saya masih bagus dan malah lebih baik daripada sebelum ini,” katanya ketika ditemui barubaru ini.

Mun Yee yang membuat penampilan kesembilan­nya di temasya dwitahunan itu sejak 1999, akan beraksi dalam acara 10m platform seirama bersama Traicy Vivien Tukiet dan platform campuran seirama berganding­an dengan pendatang baharu Jellson Jabilin.

Dalam pada itu, Mun Yee berkata gandingann­ya bersama Jellson tidak menghadapi masalah untuk memberi saingan, walaupun masih baharu.

Katanya, walaupun keputusan untuk menggandin­gkan beliau dan Jellson dibuat pada saat akhir, tapi mereka cepat mencapai keserasian.

“Pada saya Jellson bagus. Kita baharu berganding­an dan menjalani latihan sekali di China.

“Bagi saya, acara campuran ini pun sesuatu yang baharu dan rasanya cabaran akan datang daripada Singapura,” katanya.

Skuad terjun negara menyasarka­n untuk menyapu bersih kesemua 13 pingat yang dipertandi­ngkan dalam acara itu yang akan membuka tirai pada 26 Ogos ini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia