Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak berkuasa sedang siasat punca keracunan makanan atlet Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa sedang menyiasat punca menyebabka­n 16 atlet Malaysia yang menyertai pelbagai acara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mengalami keracunan makanan.

Presiden Persekutua­n Sukan Asia Tenggara (SEAGF) Tan Sri Tunku Imran Tunku Jaíafar bagaimanap­un berkata hanya seorang daripada mereka yang dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur dan dijangka keluar hospital semalam.

Kontinjen Malaysia berpangkal­an di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ampang. Beliau berkata pegawai dari Jawatankua­sa Pengelola Sukan SEA Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Sukan Negara sedang meneliti in- siden itu.

Tunku Imran, yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menolak kemungkina­n insiden itu berpunca daripada makanan luar yang diambil atlet.

“Menu adalah standard di kesemua hotel, ia adalah menu atlet dan bergantung kepada sukan dan keperluan diet atlet,” beliau memberitah­u satu sidang akhbar di pusat media KL2017 di sini semalam.

Kontinjen tuan rumah Malaysia berjumlah 1,234 orang termasuk 844 atlet dalam edisi ke-29 sukan serantau itu yang berlangsun­g dari 19 hingga 30 Ogos.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo berkata maklumat lanjut mengenai insiden ini akan dikeluarka­n selepas menerima laoran pe- nuh daripada pihak berkuasa berkaitan.

“Agak sukar untuk mengenal pasti punca (keracunan makanan) kerana atlet mewakili sukan berbeza dan pergi ke venue yang berlainan. Kerana itulah kenapa kami perlu berhati-hati kerana kami tidak mengetahui puncanya,” katanya.

Dalam isu lain, Tunku Imran berkata mereka yang diper- tanggungja­wabkan dalam soal keselamata­n perlu lebih berjaga-jaga di dalam acara di mana ketegangan adalah tinggi dengan kecenderun­gan kelakuan penonton yang tidak terkawal.

Mengenai aduan isu pengangkut­an KL2017, beliau berkata: “Kami tahu pengangkut­an tidak sempurna, Ia perlu menjadi baik atau lebih baik.” — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia