Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akur raih perak acara badminton berpasukan wanita

-

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara meraih pingat perak acara berpasukan wanita selepas tewas 1-3 kepada Thailand dalam aksi final di Arena Axiata semalam.

Thailand yang turun selaku juara bertahan menyenarai­kan barisan pemain wanita terbaik mereka walau tanpa kehadiran Ratchanok Intanon yang beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow.

Dalam aksi final yang sengit hari ini, pemain negara Soniia Cheah yang turun sebagai perseorang­an pertama gagal menyumbang mata apa- bila tewas kepada Busanan Ongbamrung­phan 12- 21, 10-21.

Beregu negara Vivian HooWoon Khei Wei yang diharap untuk menyamakan kedudukan juga gagal menyumbang mata selepas tewas kepada Puttita Suparijaku­l-Sapairee Taerattana­chai.

Walau cuba bangkit pada set kedua dengan 21- 11 selepas tewas di set pertama 9-21, Vivian-Khe Wei gagal untuk bertahan dalam set penentuan sebelum tunduk 18-21.

Goh Jin Wei yang diturunkan sebagai perseorang­an kedua, kembali menghidupk­an peluang skuad negara apabila meraih mata pertama selepas menundukka­n Nitchaon Jindapol 22-20, 23-25, 22-20.

Perjuangan skuad negara berakhir apabila gandingan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tumpas 12-21, 21-16, 18- 21 kepada gandingan Jongophan Kititharak­ulRawinda Prajongjai dalam perlawanan ketiga yang juga berlarutan hingga ke set penentuan.

Pingat gangsa pula dikongsi bersama skuad Indonesia dan Singapura. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia