Utusan Borneo (Sarawak)

Snowdan sedih komen negatif terhadap KL2017

-

KUCHING: Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Snowdan Lawan menyuaraka­n rasa sedih dengan komen negatif segelintir pihak terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V ekoran rasa tidak puas hati terhadap penganjura­n Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Snowdan menyifatka­n komen tular di media sosial itu sebagai tidak wajar dan kebudak-budakan serta tidak mencermink­an semangat kesukanan sebenar ribuan atlet yang sedang bersaing untuk mengejar podium.

“Ia menyedihka­n kami untuk mengetahui bahawa sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan kelancaran penganjura­n Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang telah menarik perhatian dunia.

“Menang atau kalah adalah normal dalam mana-mana sukan dan permainan. Semangat kesukanan jauh lebih penting dan hanya olahragawa­n dan olahragawa­ti sebenar tahu mengenainy­a.

“Semua atlet dari negaranega­ra ASEAN telah dilatih begitu keras untuk menjadi juara dunia dan janganlah kita terganggu oleh salah laku individu tertentu di media sosial,” menurut Snowdan dalam kenyataann­ya semalam.

Menurut Snowdan, temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 harus dijadikan landasan untuk mempromosi semangat muhibbah, setiakawan dan perpaduan dalam kalangan atlet yang mengambil bahagian dan bukan sebaliknya.

Ujarnya, temasya dwitahunan itu perlu dilihat sebagai karnival sukan kolektif untuk semua ahli Persatuan Asia Tenggara (ASEAN) dan untuk mempamerka­n mengapa terdapat begitu ramai Olympian dan juga juara dunia yang datang dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam dan seterusnya.

“Mereka yang terlibat dalam sukan dan permainan berhasrat untuk menghabisk­an masa yang berkualiti dengan orang lain dan tidak sebaliknya.

“Begitu juga, Kerajaan Malaysia menganjurk­an Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebagai sebahagian daripada tanggungja­wabnya terhadap jiran- jirannya khususnya dalam meneruskan tradisi dekad lama untuk mempromosi­kan muhibah, persahabat­an dan perpaduan dalam sukan.

“Bersama-sama, marilah kita terus menunjukka­n kepada dunia bahawa atlet ASEAN lahir dari juara yang sebenar dan pesaing rekod dunia,” menurut Snowdan lagi.

 ??  ?? SNOWDAN
SNOWDAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia