Utusan Borneo (Sarawak)

Wee bangga dengan kejayaan Welson Sim

-

KUCHING: Presiden Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASAS) Dato Wee Hong Seng menzahirka­n rasa gembira dengan pencapaian atlet renang Sarawak pada temasya Sukan SEA 2017 yang sedang berlangsun­g rancak di Kuala Lumpur.

Lebih- lebih lagi, beliau bangga terhadap kejayaan Welson Sim Wee Seng yang berjaya menyumbang dua pingat emas berserta rekod baharu kejohanan.

Menurut Wee, pencapaian Welson adalah hasil usaha gigih dan pengorbana­n atlet itu sepanjang menjalani latihan bertahun-tahun.

“Ini adalah contoh terbaik dan harus menjadi ikutan kepada atlet Sarawak yang lain agar terus berusaha dan tidak menyerah kalah.

“Secara jujur, saya berharap semangat ini akan diteruskan dan pelan terperinci perlu dirancang dengan teliti agar kita dapat mencapai misi untuk menjadi kuasa sukan renang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Welson, 20, mencuri tumpuan di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil selepas melebur dua rekod lama dalam acara 200 meter gaya bebas dan 400 meter gaya bebas untuk merangkul pingat emas buat negara.

Pada Isnin lalu, Welson memadam rekod ciptaannya sendiri pada Sukan SEA 2015 iaitu 3:53.97s dalam acara 400 meter gaya bebas dengan catatan terbaharu 3:50.26s.

Beliau meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat rekod baharu 1:47.79s dalam acara 200 meter gaya bebas kelmarin, memadam rekod lama 1:48.96s.

 ??  ?? WELSON SIM
WELSON SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia