Utusan Borneo (Sarawak)

‘Mydin Minibike Merdeka Fun Race 2017’ Ahad ini

-

KUCHING: Matang Automotive Extreme Club (MEAC) dengan kerjasama Gertaq Racing Team (GRT) akan menganjurk­an ‘Mydin Minibike Merdeka Fun Race 2017’ pada Ahad ini (27 Ogos) bertempat di tapak letak kereta Mydin Semariang.

Program julung kali dianjurkan itu turut mendapat kerjasama Mydin Semariang dan disokong oleh Sarawak Automotive Racing Sport Associatio­n (SARSA).

Menurut jurucakap GRT, Azrie Ali Hassan perlum- baan itu terbuka kepada mana-mana penggemar sukan ‘pocket bike’ di seluruh Sarawak.

“Objektif utama penganjura­n ‘ Minibike Merdeka Fun Race’ ini adalah untuk kita mencungkil bakat dan mencari pelumba-pelumba baharu.

“Ia juga menjadi pendedahan awal kepada mereka yang berhasrat untuk berkecimpu­ng dalam sukan permotoran serta mendidik pelumba agar sentiasa mengutamak­an keselamata­n sewaktu men- unggang,” katanya.

Azrie yang merupakan bekas pelumba GRT menyambut baik penganjura­n ‘fun race’ itu kerana ia boleh membantu menangani masalah lumba haram yang kian berleluasa dalam kalangan belia hari ini.

Justeru, beliau menyeru agar dibina sebuah trek lumba khas di sini bagi membolehka­n lebih banyak aktiviti seumpama itu dianjurkan di masa akan datang.

“Kita menjemput semua kelab dan persendiri­an yang mempunyai ‘mini bike’ untuk menyertai perlumbaan ini.

“Setakat ini, kita telah menerima sambutan menggalakk­an daripada warga di Kuching,” katanya lagi.

Perlumbaan itu dibahagika­n kepada empat kategori iaitu Novice (bawah 15 tahun), Expert (bawah 18 tahun), Open Machine Minibike (terbuka kepada pelumba bawah 18 tahun) dan Open Master (terbuka kepada semua peringkat umur).

Yuran bagi setiap kategori seperti berikut; Novice ( RM15), Expert ( RM15), Open Machine (RM20) dan Open Master (RM20).

Pemenang tempat pertama hingga ketiga setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai, baucar Mydin, trofi dan sijil.

Manakala tempat keempat dan kelima akan menerima baucar Mydin dan sijil.

Untuk maklumat lanjut hubungi 017-8998077, 016- 3846042 atau 0113686408­6.

Tarikh tutup pendaftara­n sehingga Ahad ini.

 ??  ?? UJIAN: Para peserta menunggu giliran untuk menyertai Ujian Meningkat Gred Warna Tali Pinggang Taekwondo di Satok, baru-baru ini.
UJIAN: Para peserta menunggu giliran untuk menyertai Ujian Meningkat Gred Warna Tali Pinggang Taekwondo di Satok, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia