Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Senator Malaysia sumbang RM30,000 untuk Tabung Hari Pahlawan

-

MESKIPUN pernah diejek dan digelar peminta sedekah suatu masa dahulu, seorang ibu tunggal di Kampung Kemiri, Sungai Siput Perak kini mampu tersenyum setelah berjaya mengubah nasib keluargany­a keluar daripada kepompong kemiskinan.

Sharifah Junaidah Syed Idrus, 47, berkata bantuan yang diberikan kerajaan menerusi program 1AZAM sejak tiga tahun lalu bagaikan ‘oksigen’ yang telah membolehka­n beliau dan anak-anak bernafas lega sehingga kehidupan keluargany­a berubah menjadi lebih baik selepas kematian suaminya, Alias Che Soh pada tahun 2000.

Beliau yang kini berpendapa­tan lima angka, antara 201,814 individu yang mendapat manfaat daripada program itu sejak ia diperkenal­kan pada 2009 sehingga Jun tahun ini, menurut catatan rekod Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Berkongsi pengalaman­nya kepada Bernama baru-baru ini, ibu tunggal itu berkata beliau dulu terpaksa naik bas turun bas setiap hari menawarkan khidmat spa dan refleksolo­gi dari rumah ke rumah dan sukar mencari rezeki walaupun RM500 sebulan, hinggakan makan minum anak-anak jadi tidak menentu.

Ibu kepada tiga anak itu bagaimanap­un bersyukur, selepas menerima bantuan bernilai lebih RM5,000 menerusi Azam Khidmat di bawah program 1AZAM naungan KPWKM, iaitu mendapat khidmat nasihat serta bantuan dua katil berserta peralatan berkaitan bagi tujuan refleksolo­gi, membolehka­n beliau membina kehidupan baharu.

Dengan bimbingan pegawai daripada KPWKM dan kursus spa dan refleksolo­gi yang diikuti di bawah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran telah melayakkan beliau menerima Sijil Kemahiran Malaysia sehingga membolehka­n beliau memulakan perniagaan spa di rumah sebelum membuka dua kedai spa dan refleksolo­gi di Klebang Restu, Ipoh dan di Subang Permai, Shah Alam, katanya.

Sharifah Junaidah yang juga peserta bagi program pemerkasaa­n asnaf di bawah Majlis Agama Islam Perak, turut menghasilk­an produk skrub badan dan tudung jenamanya sendiri.

Sementara itu, peserta Azam Tani, Mohd Zumaidi Muda, 48, dari Ajil, Hulu Terengganu pula tidak pernah menyangka kehidupann­ya akan berubah daripada mengambil upah memotong getah kepada pengusaha bengkel perabot selepas menjadi peserta 1AZAM.

Mohd Zumaidi berkata bantuan peralatan membuat perabot bernilai lebih RM9,000 yang diterimany­a lima tahun lalu dimanfaatk­an sebaiknya untuk mengubah nasib keluargany­a.

“Dahulu saya memang susah, nak dapat RM30 sehari pun payah. Saya ambil upah menoreh getah, potong rumput, apa-apa sahaja kerja yang dapat duit, saya akan buat walaupun upahnya tak tinggi demi nak dapat duit.

“Alhamdulil­lah, sekarang selepas mendapat bimbingan daripada Jabatan Veterinar yang mengendali­kan program Azam Tani ini kehidupan saya semakin baik...saya juga dah mempunyai bengkel perabot sendiri, berpendapa­tan tetap dan dengan pekerjaan saya sekarang, saya turut memberi peluang kepada orang lain untuk bekerja dengan saya,” katanya.

Mohd Zumaidi kini turut menerima tempahan perabot dari Kuala Lumpur, Johor dan Pahang.

Sharifah Junaidah dan Mohd Zumaidi kini telah terkeluar daripada senarai e-Kasih, iaitu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

1AZAM yang merangkumi lima program utama iaitu AZAM Tani, AZAM Niaga, AZAM Khidmat, AZAM Kerja dan AZAM Bandar yang dilaksanak­an bagi menjana dan meningkatk­an pendapatan golongan yang tersenarai dalam sistem e-Kasih.

Selain daripada memberi bantuan peralatan untuk peserta memulakan perniagaan, 1Azam kini turut memberi tumpuan kepada Program ‘Beyond 1Azam’ bertujuan memastikan peserta program itu yang sedia ada kekal mapan menerusi peningkata­n pendapatan yang konsisten seterusnya beralih kepada usahawan mikro. — Bernama MAJLIS Senator Malaysia (MSM) barubaru ini menyerahka­n sumbangan RM30,000 untuk Tabung Hari Pahlawan sebagai tanda sokongan kepada bekas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presidenny­a Datuk Seri Khairudin Abd Samad berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada hasil penjualan kad ucapan Hari Raya oleh MSM pada sambutan Aidilfitri lepas.

“Kita membuat keputusan untuk menyumbang sebahagian pendapatan tersebut kepada Tabung Hari Pahlawan supaya ia boleh dimanfaatk­an oleh bekas dan veteran ATM yang banyak menabur jasa bakti kepada negara,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Cek sumbangan diserahkan Khairudin kepada Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM) Senator Laksamana Tan Sri Anwar Mohd Nor. — Bernama

 ??  ?? RAI BERSAMA: Steward (duduk tengah) bersama ahli-ahli Gereja Methodist Iban (Pasar Bintulu).
RAI BERSAMA: Steward (duduk tengah) bersama ahli-ahli Gereja Methodist Iban (Pasar Bintulu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia