Utusan Borneo (Sarawak)

PAKK Bintulu anjur gotong-royong ‘Sehari PAKK Bersama Komuniti’

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PUSAT Aktiviti KanakKanak (PAKK) Bintulu dengan kerjasama Sukarelawa­n Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu menganjur program gotong-royong ‘Sehari PAKK Bersama Komuniti’ di bawah Program Keceriaan PAKK Bintulu di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew di Bintulu, baru-baru ini.

Perasmian disempurna­kan oleh Ketua Cawangan Pembanguna­n Komuniti Sukarelawa­n JKM Negeri Sarawak mewakili Pengarah JKM Sarawak, Irene Andrew Ganggang.

Program itu turut dihadiri Pengerusi PAKK Bintulu Janudin Ab Rahman, Penolong Pengerusi PAKK Bintulu Sainah Bakeri, Pegawai JKM Bintulu Bessie Mujan Batan, Penyelia PAKK Bintulu Moreen Amit, Penyelaras PAKK Bintulu Farizah Tudin, Hilda Felix dari Cawangan Pembanguna­n Komuniti Sukarela, Mohd Irwandy Rosli dan Monir Besar masing-masing dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri dan Limbang.

Aktiviti gotong-royong itu disertai 85 sukarelawa­n JKM dari Zon Utara merangkumi Lawas, Limbang, Miri dan Bintulu turut menyertai Kursus Pemantapan Kemahiran Sukarelawa­n Zon Utara Tahun 2017 di sebuah hotel terkemuka di Bintulu sebelumnya.

Irene berkata, penganjura­n aktiviti itu disertai oleh sukarelawa­n memberikan ahli-ahli PAKK rasa dihargai.

“Pada dasarnya sukarelawa­n JKM boleh membantu pertubuhan bukan kerajaan di bawah JKM seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

dan lain-lain NGO di setiap bahagian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Janudin berterima kasih kepada sukarelawa­n zon utara yang membantu program itu antaranya dalam kerja-kerja mencantikk­an premis PAKK dan sebagainya.

“Saya berharap lebih ramai kanakkanak menjadi ahli PAKK dan menyeru anak-anak berumur 18 tahun ke bawah menggunaka­n premis itu menyertai pelbagai aktiviti berfaedah antaranya untuk kelas tuisyen, permainan, melayari Internet, kebudayaan, ulang kaji pelajaran dan sebagainya,” kata beliau.

Katanya, pusat itu dijaga dan diurus oleh seorang penyelia dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan 7 malam hingga 9 malam sekiranya ada aktiviti pada malamnya.

Menurutnya, untuk menjadi ahli PAKK Bintulu mereka berminat boleh menghubung­i Moreen di talian 012-38345893. GEREJA Methodist Iban (Pasar Bintulu) meraikan sambutan ulang tahun ke-40 perkhidmat­an dalam bahasa Iban di pekarangan gereja itu di Jalan Kuini Tanjung Batu di Bintulu, baru-baru ini.

Acara penuh gemilang itu disempurna­kan Presiden Sarawak Iban Annual Conference (SIAC) Rev Steward Damat menandakan 40 tahun perkhidmat­an gereja terbabit dalam bahasa Iban dari 6 Ogos 1977 hingga 6 Ogos 2017

Dalam ucapannya, beliau berkata angka 40 merupakan simbolik kepada beberapa perkara penting dalam Kitab Bible bagi umat Kristian dan sambutan itu menjadi titik tolak perkembang­an agama Kristian di sini khususnya pengikut mazhab Methodist.

“Sambutan ulang tahun ke-40 ini sememangny­a menjadi titik tolak kepada kemajuan umat Kristian dari Gereja Methodist di sini,” katanya.

Jelasnya, penganut Kristian Methodist di Bintulu khususnya kalangan masyarakat Iban semakin berkembang maju selaras dengan pembanguna­n semasa penduduk Kota Tenaga Sarawak itu.

Sebaik-baiknya kemajuan sesebuah kawasan diselarask­an dengan perkembang­an aspek kerohanian memastikan­nya seimbang serta menghasilk­an umat yang baik serta patuh dengan ajaran agama.

Hadir sama ExReverend Henry Herman Unjah selaku pengerusi penganjur dan Datuk Loh Tiong Kee bersama ahliahli pengurusan gereja.

 ??  ?? PESERTA: Irene (belakang kanan) bersama peserta sukarelawa­n terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersih dan kerja-kerja mencantikk­an premis PAKK Bintulu. RASMI: Irene menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian program Sehari PAKK bersama...
PESERTA: Irene (belakang kanan) bersama peserta sukarelawa­n terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersih dan kerja-kerja mencantikk­an premis PAKK Bintulu. RASMI: Irene menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian program Sehari PAKK bersama...
 ??  ?? SIMBOLIK: Steward (tengah) memotong reben simbolik sambutan ulang tahun ke-40 perkhidmat­an gereja itu dalam bahasa Iban.
SIMBOLIK: Steward (tengah) memotong reben simbolik sambutan ulang tahun ke-40 perkhidmat­an gereja itu dalam bahasa Iban.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia