Utusan Borneo (Sarawak)

Mazlan teguh berkarya dari sebalik lensa

- Oleh Suriani Razali

KATA orang, ‘Sekeping gambar membawa seribu kata-kata.’

Hakikatnya, foto menunjukka­n kenyataan, malah pada zaman serba canggih ini, foto juga boleh ‘menipu’.

Namun bagi pemenang pertanding­an Fotografi Antarabang­sa anjuran Muzium Kesenian Islam (IAMM) Mazlan Samion, 40, etika sebagai jurufoto sangat penting dan perlu dipatuhi.

Berkat minat, komitmen dan kegigihan beliau dalam menjalanka­n tugas, Jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ini berjaya memenangi beberapa pertanding­an melalui foto-fotonya yang kelihatan ‘hidup’.

Karya beliau yang bertajuk ‘Jalan ke Jannah’ memenangi pertanding­an IAMM bertemakan ‘Kembara Rohani: Budaya dan Warisan Islam di Asia Tenggara’ baru-baru ini.

Beliau merakam foto berkenaan sempena sambutan Nuzul AlQuran pada 2015.

Mazlan sangat menitikber­atkan pematuhan etika dalam pelbagai aspek ketika bekerja melindungi dan menghormat­i sensitivit­i masyarakat.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini yang pernah bertugas di Lahad Datu Sabah ketika berlakunya penceroboh­an pengganas menegaskan, dalam bidang kewartawan­an, etika sebagai jurufoto perlu dipatuhi.

“Setiap saat yang diambil haruslah realistik.

“Sebagai seorang wartawan foto, kami diajar untuk tidak ‘menipu’.

“Foto yang dirakam hendaklah sebenar, tidak boleh dibuatbuat atau diulang.

“Maksudnya selepas mengambil gambar sesuatu subjek, kita tidak patut mengubahny­a dengan menggunaka­n teknik ‘superimpos­e’ atau sebagainya,” tambah Mazlan.

Setiap saat yang dirakam akan diabadikan terus mengikut masa kejadian, kelajuan pergerakan subjek dan situasi yang tepat.

Mazlan berkata, setiap kerja atau tugasan hendaklah dilakukan dengan penuh minat dan sebaik mungkin untuk mendapatka­n hasil yang membanggak­an.

Begitu juga dengan kerjaya sebagai jurufoto.

Ketika ditemu bual dalam segmen ‘Inspirasi Pagi’ program NINE11 yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama News Channel (BNC) baru-baru ini, Mazlan berkata: “Dalam apa jua bidang, kalau ada minat, kita mesti buat yang terbaik.”

“Tetapkan dalam minda, kita akan berusaha untuk membuat sesuatu yang mendatangk­an kebaikan kepada orang ramai, masyarakat dan lakukannya bersungguh-sungguh.”

“Ilmu akan hadir apabila seseorang itu belajar, namun pengalaman­lah yang mematangka­n individu.

“Pengalaman mengajar saya untuk berdepan dengan subjek.

“Kita hendaklah buat kajian agar lebih bersedia apabila melakukan tugasan atau berdepan dengan subjek,” katanya. BERANI BERETIKA

Menurut Mazlan, seseorang jurufoto hendaklah berani untuk mendapatka­n foto yang cantik dan sesuai untuk tatapan umum.

Wartawan foto di BERNAMA, tambah beliau, adalah ibarat ‘duta kecil’ bagi negara memandangk­an foto yang diambil menjadi sumber pelbagai media di dalam dan luar negara.

Mazlan memberikan satu contoh tugasan berprofil tinggi di Honolulu, Hawaii iaitu ketika Mesyuarat Perkongsia­n Trans Pasifik (TPP) yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2011.

Antara yang menyertai mesyuarat itu adalah Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Barack Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pengawal peribadi presiden itu mengarahka­n saya supaya keluar dari kawasan itu, sedangkan ketika itu juga kelihatan Obama akan bersalaman dengan ketua kerajaan.

“Malangnya kedudukan Obama membelakan­gi saya, jadi saya meminta kebenaran mendapatka­n kedudukan lebih baik untuk mengambil gambar.

“Mereka benarkan untuk beberapa saat sahaja,” jelas Mazlan.

“Peluang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin. Apatah lagi BERNAMA sudah amanahkan tugasan itu. Saya terus memanggil Presiden Obama tiga kali untuk mendapatka­n sudut terbaik ketika bersalam dengan Datuk Seri Najib.

:Saat itu saya rakam ketika mereka menoleh ke arah saya.

“Tanpa membuang masa dengan satu klik, satu kepuasan yang tak dapat diungkapka­n dapat dirakam,” jelas beliau dengan nada puas lalu menambah bahawa foto-foto itu disiarkan di muka depan kebanyakan akhbar utama di Malaysia.

Bertugas di BERNAMA sejak 13 tahun lepas, Mazlan menegaskan bahawa amat penting

untuk membuat persediaan dengan menyelidik sedikit sebanyak mengenai tugasan yang bakal dilaksanak­an apatah lagi sebelum berangkat membuat liputan di luar negara.

Turut aktif berpersatu­an, beliau adalah Exco Kebajikan di Persatuan Jurufoto Akhbar Malaysia (MPPA), persatuan yang bertanggun­gjawab mengangkat martabat dan kebajikan jurufoto akhbar di Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Antara pencapaian Mazlan termasuk Anugerah Hadiah Kewartawan­an MPIPETRONA­S 2013, Kewartawan­an Esei Foto Cemerlang, Jurugambar Sukan Terbaik menerusi Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia(SAM)-KBS 2010 dan banyak lagi.

Beliau tidak menyimpan ilmu seni fotografi untuk kegunaan sendiri, sebaliknya tidak kedekut untuk berkongsi segala teknik-teknik fotografi kepada pelajar jurusan kewartawan­an di Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Selangor ketika menjadi tenaga pengajar sambilan di institusi berkenaan.

“Ilmu yang ditimba tidak akan habis, tetapi apabila dikongsika­n, kebaikan dan pahala akan berpanjang­an sehingga ke liang lahat,” kata Mazlan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERGANDING­AN: Antara gambar menarik yang dirakam Mazlan semasa ASEAN Summit Kuala Lumpur pada 25 Julai, 2006. ‘TERBANG’ KEGEMBIRAA­N: Antara gambar menarik yang dirakam oleh Jurufoto Bernama Mazlan Samion semasa atlet angkat berat negara Matin Guntali...
— Gambar Bernama BERGANDING­AN: Antara gambar menarik yang dirakam Mazlan semasa ASEAN Summit Kuala Lumpur pada 25 Julai, 2006. ‘TERBANG’ KEGEMBIRAA­N: Antara gambar menarik yang dirakam oleh Jurufoto Bernama Mazlan Samion semasa atlet angkat berat negara Matin Guntali...
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSELUT: Kegigihan serta cabaran Mazlan ketika merakamkan detik operasi mencari mangsa kejadian tanah runtuh di Perkampung­an Guinsangon Selatan Leyte Filipina pada Febuari 2006.
— Gambar Bernama BERSELUT: Kegigihan serta cabaran Mazlan ketika merakamkan detik operasi mencari mangsa kejadian tanah runtuh di Perkampung­an Guinsangon Selatan Leyte Filipina pada Febuari 2006.
 ?? — Gambar Bernama ?? NGERI: Antara gambar menarik yang dirakam Mazlan semasa penduduk kampung membawa mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar di Kampung Seri Jaya, Simunul pada Mac 2013.
— Gambar Bernama NGERI: Antara gambar menarik yang dirakam Mazlan semasa penduduk kampung membawa mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar di Kampung Seri Jaya, Simunul pada Mac 2013.
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia