Utusan Borneo (Sarawak)

Hajiji saran masyarakat jalani saringan kesihatan menerusi GSIM

-

KOTA KINABALU: Masyarakat Tuaran digesa mengambil peluang menjalani saringan kesihatan melalui Pasukan Gerak Sihat Malaysia (GSIM) Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) yang terpilih.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata ia adalah sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Untuk makluman semua, NCD seperti darah tinggi dan kencing manis adalah penyakit yang tidak mempunyai tandatanda serius di peringkat awal.

“Oleh itu Iangkah pencegahan awal sangat penting kerana melalui intervensi faktor risiko, kejadian penyakit ini dapat dikurangka­n.

“Di kesempatan ini saya mengajak masyarakat bagi lokaliti yang mempunyai program KOSPEN agar merebut peluang menjalani saringan kesihatan melalui GSIM di 27 lokaliti yang terpilih dalam daerah Tuaran kerana saringan kesihatan ini adalah percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Kospen Peringkat Daerah Tu- aran di sini pada Rabu.

Menurut Hajiji, konvensyen berkenaant­urutmeraik­anGSIM atas usaha murni mereka menyumbang masa dan tenaga dalam melaksanak­an aktiviti kesihatan seperti saringan kesihatan, menggalakk­an hidup aktif serta pemakanan sihat di Iokaliti terpilih masing-masing.

“GSIM atau sukarelawa­n KOSPEN adalah ‘functional unit’ dalam kalangan komuniti bagi menggerakk­an masyarakat Malaysia ke arah gaya hidup sihat, seterusnya mencegah NCD dan komplikasi­nya yang tidak terkawal.

“GSIM berperanan penting dalam merealisas­ikan perubahan gaya hidup yang lebih sihat serta berusaha agar amalan gaya hidup yang sihat ini berkekalan dalam komuniti masing-masing.

“Semua GSIM akan dilatih oleh pihak kesihatan supaya dapat mengadakan program saringan kesihatan dan aktiviti berasaskan kesihatan di peringkat lokaliti masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Tuaran Dr Noraziah Bakri berkata sejumlah 27 KOSPEN Tuaran telah ditubuhkan sejak empat tahun lalu.

“Penubuhan tahun keempat KOSPEN dalam daerah ini menyaksika­n peningkata­n kemahiran serta kemampuan GSIM dalam menjalanka­n aktiviti lima skop utama iaitu amalan pemakanan sihat, hidup aktif, pengurusan berat badan, amalan tidak merokok dan saringan kesihatan dalam kampung masing-masing.

“Mereka juga berkeupaya­an menggerakk­an komuniti mereka ke arah gaya hidup sihat seperti mengadakan saringan kesihatan berterusan, menjalanka­n aktiviti fizikal berjadual secara konsisten, berjalan 10,000 langkah dan aktiviti lain yang kian mendapat tempat di hati masyarakat sekarang ini iaitu mendaki bukit.

“Penganjura­n KOSPEN Tuaran ini bertujuan menilai pencapaian aktiviti kampung KOSPEN dan seterusnya memberi pengiktira­fan kepada yang berjaya mencapai sasaran pelaksanaa­n program KOSPEN di lokaliti masing-masing,” katanya.

Noraziah berharap melalui konvensyen berkenaan dapat meningkatk­an keyakinan ahli KOSPEN dalam memberikan maklumat kepada komuniti berkenaan gaya hidup sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia