Utusan Borneo (Sarawak)

Enam wanita Filipina, mangsa pemerdagan­gan orang diselamatk­an

-

KOTA KINABALU: Polis berjaya menyelamat­kan enam wanita warga Filipina kelmarin daripada mangsa pemerdagan­gan orang untuk eksploitas­i seks.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata keenamenam wanita yang berumur antara 20 tahun hingga 24 tahun itu diselamatk­an hasil serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Peringatan, Jalan Petagas, kira-kira jam 9.30 pagi.

Dalam serbuan berkenaan, kata M.Chandra, tiga suspek, dua daripadany­a wanita war- ga Filipina berumur antara 25 hingga 47 tahun, turut ditahan.

“Mangsa telah masuk ke Sabah lebih kurang 15 hari hingga empat bulan lalu secara berperingk­at. Kesemua pergerakan pengangkut­an bot dari Filipina hinggalah kenderaan darat telah diuruskan oleh ejen dari Filipina dan ejen tempatan.

“Kos pengangkut­an akan ditanggung mangsa sebagai hutang,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Menurutnya, pada mulanya mangsa telah dijanjikan bekerja sebagai pelayan di kelab- kelab malam dan restoran, namun apabila sampai ke Sabah melalui Sandakan, Semporna dan Tawau mereka telah dibawa ke Kota Kinabalu dan ditempatka­n di rumah suspek.

Kesemua mangsa telah dikerah menjadi pelayan khidmat seks dan dihantar sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat-pusat hiburan, karaoke dan hotel sekiranya ada permintaan untuk perkhidmat­an seks, kata beliau.

Menurut M.Chandra kesemua mangsa juga mendakwa tidak dibayar gaji atau diberi apa-apa komisen atau gan- jaran selama bekerja dengan suspek yang berperanan sebagai ‘bapa ayam’ dan ‘ibu ayam’.

Turut dirampas daripada serbuan berkenaan ialah 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama, mata wang negara Amerika Syarikat, Singapura dan Brunei dan sebuah kereta.

Kesemua suspek direman enam hari mulai kelmarin untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 13 (e) Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia