Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak geran untuk syarikat tempatan laksana automasi: Mustapa

-

KUALA LUMPUR: Lebih banyak dana dan pinjaman mudah akan disediakan bagi membolehka­n syarikat-syarikat tempatan melaksanak­an aspek automasi dalam operasi perniagaan mereka.

Bagaimanap­un, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tahap kesediaan dalam kalangan penggiat industri untuk melaksanak­an aspek automasi itu sebaliknya masih rendah.

Justeru, beliau menyifatka­n kemudahan pinjaman dan dana tersebut sebagai amat penting bagi membantu syarikat terbabit beralih kepada kaedah automasi.

Menurutnya, setakat 15 Ogos, 2017, sejumlah RM1.5 bilion telah disalurkan kepada 345 syarikat untuk membantu mereka memperting­katkan sistem masing-masing.

“Kita berharap lebih banyak dana dapat diperuntuk­an kepada Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF) dalam Bajet 2018 bagi meningkatk­an tahap pelaksanaa­n automasi berkenaan,” katanya.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas mempengeru­sikan sesi dialog dengan pihak Persekutua­n Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perdaganga­n dan Industri Antarabang­sa Malaysia (MICCI) di sini, semalam.

Menurutnya, MIDF juga turut melonggark­an beberapa syarat permohonan pinjaman tersebut tetapi tidak mengulas lanjut.

“Kita juga akan meningkatk­an had pinjaman mudah kepada RM20 juta daripada RM10 juta pada masa ini,” katanya.

Skim pinjaman mudah automasi dan modenisasi MIDF itu menawarkan antara RM50,000 dan RM10 juta.

Menurut Mustapa, geran pembanguna­n pasaran yang permohonan­nya ditangguhk­an sejak Januari tahun ini, akan turut diperkenal­kan semula berikutan kepentinga­n membantu mempersiap­kan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi aktiviti eksport.

Selain itu, menjawab pertanyaan mengenai pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 12 September ini, beliau berkata aspek ekonomi kedua-dua negara dijangka menjadi topik perbincang­an kedua- dua pemimpin tersebut.

“Ini berikutan kedudukan AS sebagai rakan dagang ketiga terbesar Malaysia serta merupakan pelabur terbesar dalam sektor elektrikal dan elektronik negara ini,” katanya.

Statistik perdaganga­n luar Malaysia bagi Jun 2017 menunjukka­n perdaganga­n Malaysia dengan AS meningkat sebanyak 7.0 peratus kepada RM7.17 bilion manakala import turut menokok 14.3 peratus kepada RM5.82 bilion.

Malaysia adalah di antara 16 negara termasuk anggota ASEAN seperti Vietnam dan Indonesia yang didakwa Trump sebagai terbabit dalam amalan perdaganga­n secara tidak adil dan turut bertanggun­gjawab terhadap defisit perdaganga­n AS yang menghampir­i AS$650 bilion.

Sementara itu, Presiden MICCI, Datuk Wira Jalilah Baba turut mengakui kesediaan kalangan penggiat pasaran untuk melaksanak­an aspek automasi itu masih rendah biarpun pelbagai kemudahan pembiayaan disediakan.

“Kesediaan itu belum ada. Mungkin ada di antara mereka (pengusaha) sudah berasa terlalu selesa dengan sistem sedia ada dan mahu terus menggunaka­n sistem lama,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia