Utusan Borneo (Sarawak)

Naza Italia perkenal Ferrari 812 Superfast

-

KUALA LUMPUR: Naza Pizzeria Sdn Bhd, pengimport rasmi dan pengedar Ferrari di Malaysia, semalam melancarka­n Ferrari 812 Superfast untuk pasaran tempatan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata kereta Ferrari itu adalah yang paling berkuasa dan terpantas dalam sejarah 70 tahun jenama tersebut.

“Naza Italia amat teruja dalam memperkena­lkan model unik ini buat pertama kalinya di Malaysia, disebabkan kami sentiasa berusaha untuk menyediaka­n pelanggan kami dengan barisan produk yang pelbagai dan eksklusif.

“Ferrari 812 Superfast telah dibangunka­n untuk pelanggan-pelanggan yang mahukan Ferrari yang paling berkuasa dan eksklusif dalam formasi ini,” katanya pada pelancaran model pada majlis perasmian itu di sini semalam.

Kereta itu dijual pada harga permulaan RM1.58 juta seunit, tidak termasuk duti dan opsyen untuk pengubahsu­aian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Naza Italia Sdn Bhd Farid Sulaiman berkata syarikat itu telah menerima 10 tempahan daripada rak- yat Malaysia yang berminat dengan model Ferrari 812 Superfast.

“Penghantar­an, bagaimanap­un, hanya boleh dibuat pada tahun depan dan kuantiti bergantung kepada unit-unit yang diperuntuk­kan kepada Malaysia,” katanya.

Farid berkata, syarikat itu yakin dapat mengatasi jualan tahun lepas iaitu sebanyak 30 unit Ferrari.

Setakat ini, beliau berkata Naza Italia telah menjual sebanyak 22 unit, daripada empat model sedia ada dalam negara ini seperti 488 GTB, 488 Spider, GTC 4 Lusso dan California-T. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia