Utusan Borneo (Sarawak)

Kemboja usir kakitangan asing NGO AS

Serangan terbaharu ke atas pihak yang dianggap pengkritik menjelang pilihan raya

-

PHNOM PENH: Kemboja kelmarin menutup sebuah badan bukan kerajaan ( NGO) yang terkemuka dari Amerika Syarikat ( AS) dan mengarahka­n kakitangan asingnya untuk meninggalk­an negara itu, serangan terbaharu oleh Perdana Menteri Hun Sen ke atas pihak yang dianggap pengkritik sebelum pilihan raya diadakan pada tahun depan.

Arahan itu dibuat sehari selepas perdana menteri itu mengugut untuk menutup akhbar Cambodia Daily, satu daripada beberapa akhbar masih ada yang kritis di negara itu, berhubung dakwaan tentang bil cukai tidak dibayar sebanyak AS$6.3 juta (RM28.4 juta), dan memanggil mereka “pencuri”.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Kementeria­n HalEhwal Luar berkata pekerja asing di Institut Demokratik Kebangsaan (NDI) ada masa tujuh hari untuk meninggalk­an negara selepas kumpulan itu didakwa gagal untuk mendaftar secara rasmi atau membayar cukai yang betul.

“Pihak berkuasa bersiap sedia untuk mengambil langkah sama terhadap sebarang persatuan asing atau organisasi bukan kerajaan yang gagal untuk mematuhi” undangunda­ng Kemboja, kenyataan itu menambah.

Sejak beberapa minggu lalu, beberapa organisasi yang dibiayai pihak asing termasuk NDI dinamakan dalam media prokerajaa­n Kemboja atau oleh pegawai sebagai menghadapi siasatan percukaian atau peraturan.

Di Washington, Jabatan Negara menyuaraka­n kebimbanga­n yang mendalam mengenai “kemerosota­n dalam iklim demokratik di Kemboja sejak beberapa minggu lalu”.

Jurucakap Heather Nauert berkata “beberapa penerbitan dikenakan cukai pada kadar yang terlampau tinggi” dan menggesa kerajaan “untuk membenarka­n NDI, akhbar Cambodia Daily serta media bebas lain dan organisasi masyarakat madani untuk meneruskan aktiviti mereka yang penting supaya pilihan raya kebangsaan pada 2018 di Kemboja dapat berlangsun­g dalam suasana yang bebas dan terbuka”.

Penganalis­is Kemboja berkata kes-kes undang-undang itu datang dari buku permainan politik Hun Sen, yang telah memerangka­p penentang sepanjang pemerintah­annya selama tiga dekad, menjelang pilihan raya.

Rakyat Kemboja dijadual mengundi dalam tempoh tidak sampai setahun lagi dalam pilihan raya yang ramai jangka sengit.

Selain akhbar Cambodia Daily, yang dimiliki seorang warga Amerika, Voice of America dan Radio Free Asia yang dibiayai AS juga pernah dikenakan tindakan undangunda­ng.

Semua menafikan salah laku dan berkata mereka dipilih kerana laporan mereka yang bebas.

Dalam satu kenyataan, Kelab Media Seberang Laut Kemboja berkata akhbar Cambodia Daily “mempunyai sejarah menyiarkan cerita yang telah menimbulka­n kemarahan kerajaan, membuatkan ramai untuk percaya jabatan percukaian digunakan untuk menyasari pengkritik” sebelum pemilihan berlangsun­g.

Dua stesen radio bahasa Khmer – Maha Nokor dan Voice of Democracy – turut diarahkan ditutup kelmarin oleh Kementeria­n Penerangan.

NDI, yang menyatakan ia berusaha untuk mengukuhka­n institusi demokratik di seluruh dunia, sudah beroperasi di Kemboja sejak 1992.

Sejak beberapa minggu lalu, media prokerajaa­n menuduh organisasi itu membantu parti pembangkan­g di Kemboja untuk cuba mengguling­kan kerajaan.

NDI, yang dipengerus­ikan oleh bekas Setiausaha Negara AS Madeleine Albright, tidak segera membalas permintaan untuk membuat kenyataan.

Namun mereka pernah menyatakan mereka “sama sekali tidak menyokong mana-mana parti” dan menambah mereka turut melatih ramai ahli parti pemerintah Hun Sen.

Kepada penyokong, Hun Sen, salah seorang pemimpin paling lama berkhidmat di dunia, telah membawa pertumbuha­n dan kestabilan ke negara yang mundur selepas dimusnahka­n oleh peperangan selama berdekad-dekad.

Namun pengkritik pula berkata rasuah, ketidaksam­aan dan pencabulan hak asasi manusia juga berkembang.

Sejak beberapa tahun lalu, beliau semakin erat dengan China dan pada waktu yang sama mengkritik AS, salah satu penderma terbesar kepada Kemboja.

Pada 2015 kerajaan meluluskan undang-undang yang dirangka secara umum untuk mengawal NGO. Pengkritik memberi amaran undangunda­ng itu akan memudahkan lagi usaha untuk menutup organisasi yang dianggap kritis terhadap kerajaan.

Negara mundur Kemboja mempunyai kira-kira 5,000 NGO. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia