Utusan Borneo (Sarawak)

AS tidak akan biar ‘keruntuhan Venezuela’: Pence

-

MIAMI: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence kelmarin menegaskan AS tidak akan membiarkan “keruntuhan Venezuela”, dan menyatakan kejadian sedemikian akan “membahayak­an” negara lain di rantau berkenaan.

“Keruntuhan Venezuela akan membahayak­an semua yang menganggap Hemisfera Barat sebagai tanah air,” kata Pence dalam ucapan yang disampaika­n kepada kira-kira 600 orang di sebuah gereja Katolik di Doral, pusat masyarakat Venezuela di Miami.

“Kita tidak dapat dan tidak akan membiarkan­nya berlaku,” katanya, dan menambah “bekerja dengan sekutu kita di rantau Amerika Latin, AS akan bersemuka dan mengatasi semua yang berani mengancam kesejahter­aan kita”.

Beliau menegaskan “keruntuhan” Venezuela akan “memacu lebih banyak penyeludup­an dadah den- gan akibatnya yang kejam” – pendapat yang turut diajukan oleh ketuanya, Presiden Donald Trump.

Naib presiden itu menyam- paikan ucapan sejurus selepas beliau kembali dari jelajah pada minggu lepas ke Colombia, Argentina, Chile dan Panama. Venezuela merupa- kan antara isu-isu penting yang dibincangk­an.

Negara itu sudah mengalami keadaan yang huru-hara dalam politik dan ekonomi, sekali gus mengancam kestabilan serantau. Pertelingk­ahan di antara penunjuk perasaan dan polis pada tahun ini mengorbank­an 125 orang setakat ini, menurut pendakwa.

Di Miami, Pence tidak membangkit­kan kemungkina­n bagi tindakan ketenteraa­n, yang ditimbulka­n oleh Trump.

Pence menegaskan AS tidak akan membuat keputusan secara sehala: “Amerika terdahulu bukan bermakna Amerika sahaja.”

Senator AS Marco Rubio dan Gabenor Florida Rick Scott turut berucap dan mengulangi janji mereka untuk melarang syarikat di negeri tenggara itu daripada menjalanka­n perniagaan dengan firma Venezuela.

Menurut data banci 2015, kira-kira 273,000 warga Venezuela tinggal di AS – hampir separuh daripadany­a di Florida, dan kebanyakan­nya di daerah-daerah Miami-Dade dan Broward.

 ?? — Gambar AFP ?? TEGAS: Pence bercakap mengenai krisis politik dan ekonomi yang berterusan di Venezuela di gereja Katolik Lady of Guadalupe di Doral, Florida kelmarin.
— Gambar AFP TEGAS: Pence bercakap mengenai krisis politik dan ekonomi yang berterusan di Venezuela di gereja Katolik Lady of Guadalupe di Doral, Florida kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia